



BERAKAS, Ahad, 22 Rabiulawal 1445H/ 8 Oktober 2023M. – Kontinjen Negara Brunei
Darussalam yang terdiri daripada Pasukan Karate telah kembali ke Negara Brunei Darussalam
selepas menyertai Sukan Asia (Asian Games 2023) Ke-19 di Hangzhou, China.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen
negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
Hadir sama ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud,
Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pasukan Karate Negara berjaya menyumbang 1 pingat gangsa bersama melalui Yang Mulia
Farhah Syahirah binti Mohd Shamrin, Yang Mulia Rodyatul Adhwanna binti Bakar dan Yang
Mulia Farhana Najeha binti Abdul Rahman bagi acara Women’s Team Kata.