BERAKAS, Rabu, 18 Rabiulawal 1445H/4 Oktober 2023M. – Kontinjen Negara Brunei
Darussalam yang terdiri daripada Pasukan Angkat Berat telah kembali ke Negara Brunei
Darussalam selepas menyertai Sukan Asia (Asian Games 2023) Ke-19 di Hangzhou, China.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan Kumpulan
Angkat Berat bagi ucapan selamat tiba ke tanah air ialah Yang Mulia, Dayang Zainab binti Haji
Morshidi, Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan.
Turut hadir ialah Yang Mulia, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah
Belia dan Sukan, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.