Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

28.05.2023 | Kejohanan Bola Jaring Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-29, Tahun 2022

500_3936.jpg

500_3959.jpg 

500_3982.jpg 

500_4001.jpg 

500_4011.jpg 

500_4047.jpg 

500_4074.jpg 

500_4087.jpg 

500_4103.jpg 

500_4129.jpg 

500_4154.jpg 

500_4193.jpg 

500_4266.jpg 

500_4284.jpg

BERAKAS, Ahad, 8 Zulkaedah 1444H/28 Mei 2023M. – Kejohanan Bola Jaring Antara Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 Tahun 2022 diteruskan lagi pada hari ini dengan menyaksikan empat perlawanan terakhir antara Jabatan Perdana Menteri menentang Kementerian Pembagunan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menentang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama menentang Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan menentang Kementerian Kesihatan.

Hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Nor Hamidah binti Haji Hamidon, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Lt. Kol (B) Dayang Hajah Wan Shahlimar binti Haji Suhaili, Yang DiPertua Persatuan Bola Jaring Brunei Darussalam; serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Pada kejohanan tersebut, tetamu kehormat telah berkesudian untuk menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan kepada para pemenang dan diselajurkan dengan sesi bergambar ramai.

Kejohanan Bola Jaring Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 Tahun 2022 merupakan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Kejohanan tersebut telah dianjurkan selama empat hari bermula pada pada 19, 21, 26 dan 28 Mei 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Sebanyak 8 kementerian menyertainya yang terdiri daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Dua kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan tersebut iaitu Kategori Veteran dan Kategori Terbuka. Manakala sistem perlawanan bola jaring tersebut adalah secara round robin.​

Attachments
Created at 5/30/2023 9:26 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 7/8/2023 3:41 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan