Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

26.05.2023 | Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid Bagi Tahun 1444h/2023m

500_3674.jpg

500_3725.jpg 

500_3756.jpg 

500_3772.jpg

SERIA, Jumaat, 6 Zulkaedah 1444H/26 Mei 2023M. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengungkayahkan Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid Bagi Tahun 1444H/2023M bertempat di Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lorong 3 Selatan, Seria.

Hadir ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir sama ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampong Bukit Sawat, Daerah Belait; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) KKBS; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS; Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS; Yang Mulia Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Belait; serta Pegawai-Pegawai Kanan KKBS.

Program diisikan dengan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Awang Haji Noor Azhar bin Haji Harith, Imam Masjid STKRJ Lorong 3 Selatan Seria dan diikuti dengan Tazkirah Subuh bertajuk “Belia dan Keluarga" disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhamad Waqiyuddin Fakhri bin Haji Damit, Pegawai Ugama i-Ready, Pusat Da'wah Islamiah. Wira Fajar diselajurkan dengan bacaan Surah Al-Kahfi dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Irfan bin Haji Abdul Gapar, Belia Masjid serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dikepalai oleh Imam Masjid STKRJ Lorong 3 Selatan Seria dan diakhiri dengan Sembahyang Sunat Dhuha.

Majlis turut disertai seramai lebih 100 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid; Pegawai-Pegawai Kerajaan; Persatuan dan Pergerakan Belia; Belia-Belia Masjid serta penduduk sekitar STKRJ Lorong 3 Selatan Seria.

Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid ini dihasratkan dapat mendidik diri para belia untuk mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid serta memberikan pendedahan kepada para belia dengan mengisi aktiviti yang bermanfaat terutama sekali dalam mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid-masjid.​​

Attachments
Created at 5/30/2023 9:11 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 7/8/2023 3:44 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan