Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

06.04.2023 | Majlis Pelancaran Jualan Kuih Muih Raya Belia

500_2601.jpg

500_2647.jpg 

500_2674.jpg 

500_2693.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Ramadan 1444H/ 06 April 2023M. – Seramai lebih 65 penyertaan dari kumpulan belia yang diwakili dari ahli-ahli Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negara Brunei Darussalam, Pusat Pembangunan Belia, ahli-ahli Kelab Pusat Belia Bandar Seri Begawan, Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara dan Ibu-Ibu Tunggal telah menyertai Jualan Kuih Muih Raya Belia yang diadakan bermula pada 4 hingga 19 April bertempat di Dewan Riadah Pusat Belia Bandar Seri Begawan. Jualan tersebut akan beroperasi bermula pukul 10.00 pagi hingga 9.30 malam, manakala pada hari Jumaat bermula pukul 2.15 petang hingga 9.30 malam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia, Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Belia dan Sukan.

Majlis Pelancaran dimulakan dengan memotong riben dan seterusnya membaca Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Yang Mulia Awang Adib Zainul Zaky bin Haji Abdul Manaf, Kelab Pusat Belia Bandar Seri Begawan – KKBT.

Seterusnya Tetamu Kehormat melawat ke petak-petak jualan.

Jualan tersebut dihasrat untuk dapat memberikan peluang kepada belia yang berminat dalam bidang keusahawanan khususnya dalam pembuatan kuih muih untuk Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, ianya jua menjadi penggalak untuk mereka memperkembangkan potensi serta kemahiran diri selain mempromosikan jenama kuih muih mereka untuk mencari peluang menjadi pelanggan tetap mereka. Melalui jualan ini mereka juga diberi peluang dan ruang untuk mencari sumber pendapatan lebih.

Attachments
Created at 4/12/2023 9:11 AM by  
Last modified at 4/13/2023 12:08 PM by