





BERAKAS, Sabtu, 10 Rabiulakhir 1444H/5 November 2022M. - Ke arah menyokong kempen '20 Billion Steps, Together: BN On The Move' anjuran Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan '20 Billion Steps, Together: BN On The Move - Aerobics and Briskwalk' bertempat di Letak Kereta M, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Acara dimulakan dengan sesi senamrobik dan diikuti dengan berjalan pantas sejauh 3.8 kilometer.
Hadir ke acara tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kesukanan dan Kebudayaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai.