Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

04.04.2021 | Program Perpaduan Atlet

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 April. – Dalam menitikberatkan kerjasama terutama dalam satu pasukan berkontinjen, Program Perpaduan Atlet - PPA (Edisi Kedua) dihasrat akan dapat dijadikan sebagai platform untuk memberi pendidikan dan melatih para atlet.

Sehubungan itu, seramai 49 atlet Skim Jabatan Belia dan Sukan (JBS) yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun mengikuti PPA (Edisi Kedua) yang diadakan di Dewan Riadah, Pusat Belia.

Pada sesi kali ini, ia dikhususkan kepada atlet-atlet sukan Lawan Pedang, Olahraga, Karate dan Pencak Silat, dari Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong and juga Daerah Belait.

PPA dikendalikan dengan pengisian-pengisian aktiviti kerja berkumpulan (team building) yang memfokuskan kepada komunikasi, menyelesaikan masalah, silaturahim, kerja berpasukan, membuat keputusan dan pemikiran kreatif.

Program yang sebelum ini dikenali sebagai Program BERSATU (Edisi Pertama) merupakan anjuran JBS, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Sukan dengan Tenaga Pembimbing dari Bahagian Belia.

Adapun objektif program diadakan bagi membangunkan individu ke arah kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi di samping mampu mengimbangi jati diri, ketahanan fizikal, mental dan emosi untuk persediaan dalam perlawanan.

Selain itu, ia bertujuan bagi memantapkan tahap kemahiran komunikasi serta melahirkan rasa hormat-menghormati sesama atlet, jurulatih dan pihak pengurusan serta merapatkan hubungan silaturahim.

Ia juga boleh membentuk generasi muda yang sihat, cergas dan berdisiplin melalui penglibatan diri ke arah aktiviti bersukan. Sesuai dengan tujuannya, program ini diharapkan dapat mencetus semangat berpasukan dalam diri mereka.

Melalui program ini juga diharap akan dapat melahirkan atlet yang mempunyai jati diri, ketahanan fizikal, mental dan emosi untuk persediaan dalam perlawanan dan secara tidak langsung sebagai medium melahirkan atlet yang cemerlang dan mampu mengharumkan nama negara.


ND5_8926.jpg

ND5_8861.jpg

ND5_8873.jpg

ND5_8904.jpg

ND5_8878.jpg

ND5_8929.jpg

ND5_8951.jpg

ND5_8999.jpg

ND5_9023.jpg

ND5_9019.jpg

Attachments
Created at 4/21/2021 8:52 AM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 4/22/2021 10:57 AM by Susieyanti Hamdi