Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
31.03.2021 | Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1442H/2021M Peringkat Saringan (Hari Pertama)

BERAKAS, Rabu, 31 Mac. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan telah menganjurkan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1442H/2021M Peringkat Saringan selama empat hari bermula 31 Mac hingga 03 April 2021 yang berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Seramai 70 qari dan 52 qariah telah memperdengarkan bacaan masing-masing dalam musabaqah tersebut.

Daripada jumlah tersebut, seramai 30 peserta akan dipilih untuk ke peringkat separuh akhir dan seterusnya lima qari dan lima qariah termasuk Johan Menunggu Qari dan Qariah akan bertanding di peringkat akhir nanti.

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan merupakan salah satu projek tahunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan sejak tahun 1980-an dan telah berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber dan seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Ia juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau tarannum.

Peserta musabaqah berumur di antara 15 hingga 30 tahun terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap dan tidak pernah menjadi johan pertandingan-pertandingan seperti Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Kerajaan Malaysia atau Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

ND5_8538.jpg

ND5_8527.jpg

ND5_8575.jpg

ND5_8601.jpg

ND5_8625.jpg

Attachments
Created at 4/21/2021 8:26 AM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 4/22/2021 11:00 AM by Susieyanti Hamdi