Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

28.02.2021 | Program Bersatu

BERAKAS, Ahad, 28 Februari. – Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan dengan Tenaga Pembimbing dari Bahagian Belia telah menganjurkan Program Bersatu bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Seramai 54 peserta terdiri daripada atlet-atlet skim JBS berumur di antara 15 hingga 25 tahun menyertai program tersebut, di mana pada sesi kali ini, dikhususkan untuk atlet-atlet sukan mempertahankan diri (Martial Arts) bagi sukan Karate Do, Pencak Silat, Tekwando, Wushu dan Atlet-atlet Olahraga.

Program Bersatu merupakan platform bagi mendidik dan melatih para atlet untuk menitikberatkan kerjasama sesama mereka sebagai satu pasukan, terutama dalam satu pasukan berkontinjen. Sesuai dengan tujuannya, program ini diharapkan dapat mencetus semangat berpasukan dalam diri mereka.

Antara objektif program tersebut dilaksanakan ialah untuk membangunkan individu ke arah kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi, di samping mampu mengimbangi jati diri, ketahanan fizikal, mental dan emosi untuk persediaan dalam perlawanan.

Selain itu juga, ia dilaksanakan bagi memantapkan tahap kemahiran komunikasi juga melahirkan rasa hormat-menghormati sesama atlet, jurulatih dan pihak pengurusan; merapatkan hubungan silaturahim sesama atlet, jurulatih dan pihak pengurusan; juga membentuk generasi muda yang sihat, cergas dan berdisiplin melalui penglibatan diri ke arah aktiviti bersukan.

Dari segi pengisian pula, program tersebut diisikan dengan aktiviti 'team building', yang memfokuskan pada perkara-perkara komunikasi, menyelesaikan masalah, silaturahim, kerja berpasukan, membuat keputusan dan pemikiran kreatif.

Melalui program berkenaan ia diharap akan dapat melahirkan atlet yang mempunyai jati diri, ketahanan fizikal, mental dan emosi untuk persediaan dalam perlawanan juga secara tidak langsung sebagai medium melahirkan atlet yang cemerlang dan mampu mengharumkan nama negara.

ND5_8050.jpg

ND5_8087.jpg

ND5_8113.jpg

ND5_8102.jpg

ND5_8148.jpg

ND5_8149.jpg

ND5_8189.jpg

ND5_8204.jpg

ND5_8212.jpg

ND5_8236.jpg

ND5_8266.jpg

Attachments
Created at 3/29/2021 3:54 PM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 4/17/2021 1:42 PM by Susieyanti Hamdi