SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
MENGENAI
PENUTUPAN KOMPLEKS-KOMPLEKS SUKAN DI BAWAH KAWALAN JABATAN BELIA DAN SUKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI NISFU SYA’BAN 1442H/2021M
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa
penggunaan Padang-Padang, Dewan Sukan, Kolam-Kolam Renang, Gelanggang Sukan Luar dan Dalam serta Kemudahan-
Kemudahan Sukan Jabatan Belia dan Sukan akan ditutup awal pada hari Ahad, 14 Sya’ban 1442H bersamaan 28 Mac 2021M
Sempena Menyambut Hari Nisfu Sya’ban 1442H/2021M mulai pukul 5.00 petang.
Penutupan tersebut adalah bagi menghormati Majlis Sempena Menyambut Hari Nisfu Sya’ban 1442H/2021M serta memberi
peluang kepada pegawai dan kakitangan jabatan untuk mengikutinya.
Manakala penggunaan Padang-Padang, Dewan Sukan, Kolam-Kolam Renang, Gelanggang Sukan Luar dan Dalam serta
Kemudahan-Kemudahan Sukan Jabatan Belia dan Sukan akan dibuka semula seperti biasa pada hari Isnin, 15 Sya’ban 1442H
bersamaan 29 Mac 2021M.