Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

04.02.2021 | Taklimat Kerahsiaan dan Keselamatan Kerajaan

BERAKAS, 04 Februari. – Jabatan Belia dan Sukan melalui Bahagian Latihan dan Pusat Sumber dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri telah mengadakan Taklimat Kerahsiaan dan Keselamatan Kerajaan bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Hadir mendengarkan taklimat tersebut ialah Yang Mulia Dayang Mariam binti Ulat, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Azlan bin Pengiran Haji Tengah Omar, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan serta ketua-ketua bahagian dan cawangan Jabatan Belia dan Sukan.

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Rafidah binti Mohammad, Penolong Pegawai Staf Tingkat I dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Antara lain tujuan taklimat diadakan adalah untuk melahirkan warga perkhidmatan awam yang amanah, berintegriti dan cekap dalam menjalankan tugas harian di bahagian atau unit masing-masing. Disamping itu, peserta taklimat juga diharapkan agar akan sentiasa menjalankan tugas menjaga kerahsiaan dan pengendalian dokumen-dokumen sulit di dalam pejabat.

Seramai 80 orang warga Jabatan Belia dan Sukan telah mendengarkan taklimat berkenaan.

ND5_6439.jpg

ND5_6452.jpg

ND5_6460.jpg

ND5_6462.jpg

ND5_6466.jpg

Attachments
Created at 3/3/2021 10:07 AM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 4/15/2021 1:09 PM by Susieyanti Hamdi