Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

24.01.2021 | SSEAYP Future Youth Leaders Conference

BERAKAS, Ahad, 24 Januari. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Kerajaan Jepun telah mengadakan SSEAYP Future Youth Leaders Conference secara atas talian selama empat hari bermula 24 Januari, 31 Januari, 7 Februari dan 21 Februari 2021 bertempat di Bilik VIP dan Bilik Hijau, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Persidangan atas talian ini merupakan satu program baru yang telah dipersetujui semasa Persidangan Wakil-Wakil Negara-Negara ASEAN dan Jepun pada 20 hingga 21 Julai 2020 yang lalu yang bertujuan untuk mempromosikan lagi persahabatan dan pertukaran belia antara Negara Jepun dan Negara-Negara ASEAN secara berterusan walaupun dalam suasana pandemik Covid-19. Persidangan ini juga adalah bagi menggantikan 47th SSEAYP yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020.

SSEAYP Future Youth Leaders Conference mengandungi dua persidangan iaitu Next Generation Leaders Conference dan SSEAYP Conference for Considering its Role and Significance.

Next Generation Leaders Conference bertujuan untuk memupuk kemahiran kepimpinan dalam pelbagai bidang, mengukuhkan persahabatan dan persefahaman serta meningkatkan kemahiran praktikal dalam masyarakat antarabangsa. Dengan memperdalam perbincangan di setiap bidang, para peserta dapat membuat hubungan dan membangun jaringan dengan para belia di seluruh negara ASEAN dan Jepun yang dapat memimpin kegiatan mereka di masa hadapan.

Sebanyak sembilan topik telah dibincangkan pada persidangan itu berdasarkan situasi pandemik COVID-19 iaitu Policy, Diplomacy, Education, Global Company, Entreprenuership, ICT, NGO/NPO, Enviroment and Disaster Risk Reduction dan Infrastructure. Setiap kumpulan perbincangan telah diketuai oleh seorang fasilitator dan aktiviti perbincangan merangkumi kajian lapangan maya.

Seramai 27 orang belia dari keempat-empat daerah mengikuti Next Generation Leaders Conference. Mereka merupakan belia-belia yang aktif di dalam persatuan dan pergerakan masing-masing.

Manakala SSEAYP Conference for Considering its Role and Significance disertai seramai empat orang alumni Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun. Para peserta telah membincangkan mengenai penambahbaikan program SSEAYP dalam menyumbang kepada persahabatan dan pembangunan belia di masa hadapan serta menyuarakan cadangan bagi mempelbagaikan program berkenaan.

ND5_6044.jpg

ND5_6054.jpg

ND5_6058.jpg

ND5_6073.jpg

Attachments
Created at 1/30/2021 2:40 PM by Susieyanti Hamdi
Last modified at 4/15/2021 11:23 AM by Susieyanti Hamdi