Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
6.12.2020 | Kempen Hari Bertindak (Day Of Action) Sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2020

‚ÄčTEMBURONG, Ahad, 6 Disember. - Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan khususnya Jabatan Belia dan Sukan telah mengadakan Kempen Hari Bertindak (Day of Action) sempena memperingati Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa bagi tahun 2020 yang diadakan serentak di keempat-empat daerah.

Hari Sukarelawan Antarabangsa merupakan mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yangmana ianya diadakan pada setiap 5 Disember. Hari Sukarelawan Antarabangsa dilihat sebagai peluang unik bagi para sukarelawan dan organisasi untuk meraikan usaha mereka, untuk berkongsi dan mempromosi kerja mereka dikalangan komuniti mereka, badan-badan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta dan agensi-agensi kerajaan.

Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa ini bertujuan untuk mengumpul penggiat aktiviti sukarela dan para sukarelawan di dalam sama-sama melaksanakan kerja-kerja sukarela disamping untuk menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh penggiat aktiviti sukarela dan sukarelawan. Antara lain objektif utama sambutan adalah untuk mengadakan maraton kerja sukarela di keempat-empat daerah dengan penglibatan daripada agensi kerajaan, swasta dan pergerakan-pergerakan bukan kerajaan.

Majlis Pelancaran Kempen Hari Bertindak (Day of Action) telah diadakan di Kawasan Padang Jubli (Taman Mini Belalong) dan Kawasan Taman Perayaan, Daerah Temburong. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan pelancaran Kempen Hari Bertindak (Day of Action) oleh tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyaksikan pameran serta aktiviti-aktiviti mencat hiasan pasu bunga dan Jambatan Mini Tasik, Belalong serta sukarelawan membersihkan kawasan tasik menggunakan kayak. Tetamu kehormat majlis turut menyempurnakan pelepasan Konvoi Sumbangan Projek Titian Amal (Four Wheel Drive).

Seterusnya tetamu kehormat bergerak ke Kawasan Taman Perayaan bagi kempen kebersihan serta perletakan papan tanda sempena Kempen Hari Bertindak (Day of Action) 2020 dan diikuti dengan lawatan ke tempat-tempat aktiviti yang disediakan oleh agensi-agensi yang ikut serta dalam Kempen Hari Bertindak (Day of Action) 2020. 

Bagi Daerah Belait, turut hadir menyertai aktiviti ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Majlis telah diadakan di Taman Rekreasi Tenaga Seria (SERP).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan diikuti dengan aktiviti senaman ringan serta brisk walk atau light run sekitar Kawasan Taman Rekreasi Tenaga Seria (SERP) dan Makmal Tenaga Seria (SEL). Setiausaha Tetap seterusnya bergerak ke Kompleks Sukan Mumong bagi menyaksikan Bengkel Acara Sukan Sepak Takraw, Pencak Silat, Ping Pong dan Renang; ke Pusat Belia Daerah Belait bagi lawatan Bengkel dan Latihan Kraftangan, Lukisan, Pedicure dan Manicure, Cupcake serta Info Desk Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); ke Muzium Daerah Belait bagi lawatan Projek Kasih Pengakap; dan ke Masjid RPN Kampong Pandan bagi lawatan Projek Fardhu Kifayah.

Manakala turut hadir menyertai aktiviti di Daerah Tutong yang diadakan di Dataran Warisan, Kampong Keriam ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Aturcara dimulakan dengan sesi senamrobik dan 2km brisk walk dan diikuti dengan pelancaran Ekspedisi Berbasikal mengelilingi Pekan Tutong. Setiausaha Tetap turut menyaksikan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan bunga-bungaan, menambat dastar dan sinjang, bengkel roti canai, peraduan mewarna kanak-kanak, perlawanan Beyblade, Sukan Ria, Pesta Jualan dan sebagainya. Setiausaha Tetap seterusnya bergerak ke Bukit Bendera Tutong bagi lawatan aktiviti mewarna mercu tanda; ke Pusat Belia Daerah Tutong bagi lawatan Projek String; ke Kompleks Sukan Tutong bagi sesi senamrobik dan menyaksikan Jerayawara Sukan Silat dan Karate Do; ke Kompleks Cempaka bagi menyaksikan Bazar Belia Daerah Tutong; dan ke Kampong Telisai Tutong bagi menyaksikan Program Kemasyarakatan (Membersikan Rumah Warga Emas).

Di Daerah Brunei dan Muara pula, Kempen Hari Bertindak (Day of Action) telah diadakan bertempat di Kawasan Letak Kereta Bali Pitstop, Tungku Link. Turut hadir menyertai aktiviti di daerah tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kebudayaan dan Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Aturcara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan sesi bergambar ramai bersama Setiausaha Tetap dan diteruskan dengan sesi senamrobik bersama HSN Fitness. Setiausaha Tetap turut menyempurnakan pelepasan Pasukan Tim Berbasikal serta membuat lawatan ke pameran-pameran dari para peserta Malam Minggu Pusat Belia (MMPB).

Sebanyak lebih 126 aktiviti telah disusun bagi Kempen Hari Bertindak (Day of Action) 2020 seluruh negara dengan melibatkan lebih daripada 93 agensi-agensi dari pelbagai pihak. Beberapa aktiviti telah pun bermula awal pada bulan November 2020 dan Kempen Hari Bertindak (Day of Action) ini akan terus diadakan sehingga bulan Februari 2021. Kesinambungan dari pelancaran buku Garis Panduan Sukarelawan dan dengan adanya Kempen Hari Bertindak (Day of Action) ini akan dapat menggalakkan masyarakat terutama golongan belia untuk mengungkayahkan aktiviti sukarelawan pada bila-bila masa sahaja dengan berpandukan kepada garis pandu yang betul.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penaja yang turut terlibat dalam menjayakan Kempen Hari Bertindak (Day of Action) 2020 ini.


_UPA1377.jpg

_UPA1390.jpg

_UPA1462.jpg

_UPA1616.jpg

_UPA1849.jpg

DSC_2882.jpg

DSC_2938.jpg

DSC_2992.jpg

DSC_3032.jpg

_UPA0652.jpg

_UPA0687.jpg

_UPA0818.jpg

_UPA0995.jpg

_UPA1142.jpg

IMG_5273.jpg

IMG_5293.jpg

IMG_5309.jpg

IMG_5344.jpg

Attachments
Created at 12/8/2020 2:23 PM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 12/9/2020 11:50 AM by Susieyanti Hamdi