Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
25.09.2020 | Wira Fajar Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid Bagi Tahun 1442H / 2020M

ND5_3719.jpg

ND5_3753.jpg

ND5_3774.jpg

ND5_3784.jpg

TUTONG, Jumaat, 25 September. – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Belia-Belia Masjid telah mengadakan Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid bagi tahun 1442H/2020M bertempat di Masjid Ar-Rahim, Kampong Bukit Panggal.

Hadir ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit dan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap KHEU; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap KKBS; Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap KHEU; dan Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS.

Aturcara dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Awang Haji Kamaluddin bin Haji Abd Rahman, Imam Masjid Ar-Rahim dan diikuti dengan Tazkirah Subuh bertajuk "Ciri-Ciri Pendidikan Islam" oleh Yang Mulia Haji Khairulizam bin Haji Jefrey, Ketua Unit Penguatkuasaan Ugama Daerah Belait. Majlis diselajurkan dengan bacaan Surah Al-Kahfi dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Kamaluddin bin Haji Abd Rahman, Imam Masjid Ar-Rahim dan diakhiri dengan Sembahyang Dhuha.

Majlis turut disertai seramai lebih 400 orang terdiri daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Ar-Rahim; Pegawai-Pegawai Kerajaan; Persatuan-Persatuan Belia; Belia-Belia Masjid; belia-belia dari sektor kerajaan dan swasta; serta penduduk sekitar Kampong Bukit Panggal.

Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid ini bertujuan untuk mendidik diri para belia untuk mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid serta memberikan pendedahan kepada para belia dengan mengisi aktiviti yang bermanfaat terutama sekali dalam mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid-masjid. Wira Fajar kali ini adalah kali kedua dan ianya diadakan di daerah-daerah bagi memberi peluang belia di daerah berkenaan untuk menyertai Wira Fajar.

Orang ramai terutamanya para belia amatlah dialu-alukan untuk menyertai Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid.

Attachments
Created at 9/25/2020 7:55 PM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 9/26/2020 2:02 PM by Hjh Noraini Binti Hj Samat