Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

18.09.2020 | Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1442/2020 Peringkat Separuh Akhir

500_5731.jpg

500_5769.jpg

500_5797.jpg

500_5820.jpg

500_5865.jpg

500_5890.jpg

500_5918.jpg

BERAKAS, Jumaat, 18 September. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan telah mengadakan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1442/2020 Peringkat Separuh Akhir bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Fuad dan diikuti dengan peserta pertama memperdengarkan bacaan.

Seramai 20 orang peserta telah bertanding pada sesi pagi dan 10 orang peserta bertanding pada sesi petang.

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan (MTQBK) merupakan salah satu projek tahunan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) sejak tahun 1980-an dan telah berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber serta seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Ianya juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau "tarannum".

Seramai 21 peserta qari dan 9 qariah memperdengarkan bacaan masing-masing. Finalis musabaqah akan bertanding di peringkat akhir nanti. 

Hadir menyaksikan MTQBK pada sebelah petang ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap KKBS dan Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS.

Manakala hadir pada sesi pagi ialah Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS serta pegawai-pegawai kanan KKBS.



Attachments
Created at 9/19/2020 11:41 AM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 9/19/2020 3:16 PM by Susieyanti Hamdi