Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

06.08.2020 | Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

MENGENAI

SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB BERJEMAAH DAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN KALI KE-15, 2020


solat hari belia2020.JPG

solat hari belia2020.2.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 06 Ogos. - Sambutan Hari Belia Kebangsaan mensasarkan bagi memartabatkan pergerakan belia dengan memperingati dan mengumpulkan belia-belia di negara ini dalam satu perhimpunan dengan kegiatan yang bermakna.


Bersempena dengan sambutan tersebut, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah dan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Masjid Ash-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri.


Hadir ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat.


Aturcara majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib Berjemaah dan Solat Hajat Berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Haji Md Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ash-Shaliheen dan diteruskan dengan bacaan Zikir dan Doa memohon kepada Allah supaya terselamat daripada bala dan segala jenis penyakit bersempena dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-15, 2020 dikepalai oleh Yang Mulia Md Syariff Wafiuddin bin Jemain/Jamain, Bilal Tingkat II, Masjid Ash-Shaliheen. Manakala Doa Kesyukuran sempena Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-15, 2020 dibacakan oleh Yang Mulia Haji Md Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ash-Shaliheen.


Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri Tenaga selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-15, 2020; Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Awang Haji Muhammad Nazri bin Haji Muhammad Yusuf, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap KKBS; Yang Mulia Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media) Jabatan Perdana Menteri; Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS; Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS; Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi bin Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS; dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-15, 2020.


Majlis turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Ash-Shaliheen; belia-belia dari Persatuan dan Pergerakan Belia; Belia-Belia Masjid; Kelab-Kelab Belia dan Alumni Program-Program Kebangsaan dan Antarabangsa bagi sama-sama memanjat doa dan tanda kesyukuran betapa beruntungnya belia di negara ini terus aman dan bebas bergerak dengan sokongan kerajaan secara berterusan.


Kaedah 'whole of nation approach' memberikan peluang kepada semua pihak sama ada kerajaan, swasta, NGOs, perusahaan sosial, pergerakan belia dan lain-lain berganding bahu dalam sama-sama menanai agenda pembangunan belia di negara ini agar golongan belia tampil dan berkepentingan sebagai aset negara seterusnya pemimpin di generasi akan datang.

 

# # #

 

Disediakan oleh:

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

16 Zulhijjah 1441/06 Ogos 2020




Attachments
Created at 8/8/2020 11:53 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 8/11/2020 3:52 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar