Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

06.08.2020 | Laluan tambahan Program Bandarku Ceria, mudahkan orang ramai beriadah

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

MENGENAI

LALUAN TAMBAHAN PROGRAM BANDARKU CERIA


Laluan Bandarku Ceria3.jpg


Laluan Bandarku Ceria2.jpg

Laluan Bandarku Ceria.jpg


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 06 Ogos. – Seperti yang dimaklumi, sejak tahun 2016 Program Bandarku Ceria diadakan pada setiap hari Ahad bermula pada jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi. Tujuan utama program ini adalah untuk menghidupkan suasana Bandar Seri Begawan dan menjadikannya sebagai sebuah bandar yang dinamik, vibrant serta unggul di samping memberi peluang kepada rakyat dan penduduk untuk beriadah sambil menikmati suasana pagi pada setiap hari Ahad.

                                                                                                 

Sehubungan dengan itu, demi meluaskan lagi kawasan Bandarku Ceria dan menggalakkan serta memudahkan lagi orang ramai untuk beriadah bersama keluarga, laluan tambahan Program Bandarku Ceria telah diperkenalkan.

 

Antara lain tujuan laluan tambahan ini adalah seperti berikut:-

 

a)     Pengunjung (Pekayuh Basikal) Bandarku Ceria berpeluang untuk menggunakan laluan jalan-jalan yang lebih mencabar dan tidak terhad kepada laluan yang sedia ada sebelum ini;

 

b)     Bagi memudahkan para pengunjung Bandarku Ceria mereka boleh menggunakan letak kereta di mana-mana kawasan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah;

 

c)     Memeriahkan, menghidupkan dan menggerakkan suasana kawasan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat;

 

d)    Sebagai starting/finishing point bagi apa jua aktiviti yang berkaitan yang menggunakan platform Program Bandarku Ceria.

 

Laluan tambahan Program Bandarku Ceria ini nanti adalah sejauh 5.20 kilometer yang melibatkan jalan-jalan seperti berikut:-

 

  1. Jalan Menteri Besar - Bermula dari pusing keliling Jabatan Perdana Menteri hingga lampu isyarat simpang empat berhadapan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

     
  2. Jalan Pusat Persidangan - Belok kiri dari lampu isyarat simpang empat Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melepasi bangunan National Football Association of Brunei Darussalam (NFABD), belok kiri masuk Jalan Stadium dan belok kanan menuju tangga besar Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

     
  3. Jalan Stadium - Dari tangga besar Stadium Negara Hassanal Bolkiah, belok kiri memasuki Jalan Stadium balik melalui laluan yang sama menuju pusing keliling Jabatan Perdana Menteri.

     
  4. Pusing Keliling Jabatan Perdana Menteri – Dibukakan keseluruhannya.

     
     

Manakala jalan-jalan yang ditutup adalah seperti berikut:-

 

a)     Jalan Menteri Besar berhadapan dengan Istana Edinburgh;

 

b)     Dari lampu isyarat persimpangan tiga Jalan Stadium menuju ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

 
Sementara itu, jalan-jalan yang boleh digunakan oleh orang ramai yang hendak menuju ke Pusat Bandar ialah:-

 

  1. Dari Kompleks Jabatan Kerajaan, belok kiri melalui Jalan Perdana Menteri melimpasi Kementerian Pertahanan dan belok kanan dipersimpangan tiga melimpasi Bangunan AITI dan memasuki Jalan Stadium menuju ke Pusing Keliling Pusat Dakwah dan belok kiri ke Jalan Kebangsaan.

     
  2. Dari Kompleks Jabatan Kerajaan belok kiri memasuki Jalan Pertahanan hingga kepersimpangan tiga Jalan Perdana menteri belok kanan seterusnya memasuki persimpangan tiga melimpasi Bangunan AITI dan memasuki Jalan Stadium menuju ke Pusing Keliling Pusat Dakwah dan belok kiri ke Jalan Kebangsaan;

     
  3. Dari Pusing Keliling Berakas belok kiri dipersimpangan tiga melimpasi Bangunan AITI dan memasuki Jalan Stadium menuju ke Pusing Keliling Pusat Dakwah dan belok kiri ke Jalan Kebangsaan.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang beramai-ramai ke Bandar Seri Begawan dan menggunakan ruang-ruang yang ada bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk riadah, kebudayaan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

 

 

#   #   #

 

 

Disediakan oleh:

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

16 Zulhijjah 1441/06 Ogos 2020

 



Attachments
Created at 8/8/2020 10:18 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 8/11/2020 3:42 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar