Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

06.04.2020 | Gerai Ramadhan Ditiadakan Tahun Ini

Ke arah mempertingkatkan lagi langkah-langkah membendung penularan jangkitan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan demi kesejahteraan serta keselamatan orang awam dengan berpandukan kepada nasihat Kementerian Kesihatan; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua gerai Ramadan di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Bandaran, Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan Belia dan Sukan yang lazimnya diadakan di sepanjang bulan Ramadan adalah ditiadakan pada tahun ini. Peniagaan Gerai Ramadan tersebut adalah juga termasuk penjaja-penjaja yang berniaga di tepi jalan.

Ini adalah sebagai usaha kita untuk sama-sama menghormati dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai dengan mengelakkan daripada menghadiri ke tempat perkumpulan secara beramai-ramai dan keperluan untuk mengamalkan penjarakan sosial di tempat awam.

Sebagai alternatif kepada peniadaan gerai Ramadan dan bagi memastikan peluang perniagaan pada bulan Ramadan tetap ada, KHEDN melalui Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah serta Jabatan Belia dan Sukan akan menyelaras inisiatif perkhidmatan perniagaan secara dalam talian (online) untuk membantu peniaga-peniaga dengan khidmat nasihat menggunakan portal 'www.ekadaibrunei.bn', iaitu sebuah portal direktori dalam talian yang menyediakan pautan laman sesawang ke platform-platform 'eDagang' tempatan, penyedia-penyedia perkhidmatan penghantaran dan logistik.

Projek ini merupakan usaha sama antara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, KHEDN, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) dan Darussalam Enterprise (DARe) yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, pada 28 Mac 2020 semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai, khususnya peniaga-peniaga gerai Ramadan, bolehlah menghubungi:

1)    Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI)

Tel: +673 2323232

Emel:  eKadaiBrunei@aiti.gov.bn

 

2)    Darussalam Enterprise (DARe) helpdesk

Tel: +673 8363442 / +673 2384830

Emel:  info@dare.gov.bn

 

3) Jabatan-Jabatan Daerah:

  • Jabatan Daerah Brunei dan Muara: +673 2381454 (semasa waktu bekerja sahaja) dan +673 8840271 (di luar waktu bekerja);
  • Jabatan Daerah Belait: +673 3334335 / 6 / 7 sambungan 1111 / 1125 (semasa waktu bekerja) dan +673 8711316 (di luar waktu bekerja);
  • Jabatan Daerah Tutong: +673 4222491 sambungan 133 (semasa waktu bekerja) dan +673 7233954 (di luar waktu bekerja);
  • Jabatan Daerah Temburong: +673 5221266 / 5 sambungan 117 (semasa waktu bekerja) dan +673 8371724 (di luar waktu bekerja).

 

4) Jabatan-Jabatan Bandaran:

- Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan: +673 2232424 sambungan 131 (semasa waktu bekerja) dan +673 8872958 (di luar waktu bekerja);

- Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria: +673 3340631 (semasa waktu bekerja) dan +673 8872233 (di luar waktu bekerja);

- Jabatan Bandaran Tutong: +6734221232 sambungan 200 (semasa waktu bekerja) dan +673 8117115 (di luar waktu bekerja)

- Jabatan Belia dan Sukan (JBS): +673 2381903 / 4 / 5 sambungan 1329 / 1311 (semasa waktu bekerja) dan +673 8762007 (di luar waktu bekerja).
Attachments
Created at 4/14/2020 2:50 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 4/14/2020 2:50 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli