Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
04.03.2020 | Majlis Khatam Al-Quran 36 Kali Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36 Tahun 2020

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

MENGENAI

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 36 KALI

SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-36 TAHUN 2020

1.jpg

 3.jpg

7.jpg

 

JANGSAK, Rabu, 4 Mac. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 36 Kali Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36 Tahun 2020 secara serentak di keempat-empat daerah, yang mana majlis ini merupakan salah satu inisiatif Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36 Tahun 2020.

 

Bagi Daerah Brunei dan Muara, majlis khatam telah diadakan di Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Aturcara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran mulai dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Massad yang diketuai oleh penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan diteruskan dengan bacaan Takhtim Al-Quran diketuai oleh mahasiswa-mahasiswa Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Doa Khatam pula telah dibacakan oleh Yang Mulia Awang Abdull Muin bin Haji Abdul Hamid, Johan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 2019. Manakala Dikir Marhaban telah diketuai oleh pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN). Majlis diakhiri dengan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Zulhazmi bin Salleh, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampong Jangsak dan diikuti dengan solat fardhu zohor berjemaah.

 

Majlis yang ketujuh kali diadakan ini telah melibatkan seramai lebih 1000 orang peserta lelaki dan perempuan terdiri daripada Persatuan-Persatuan dan Pergerakan-Pergerakan Belia; Pelatih Program Khidmat Bakti Negara; Mahasiswa dan Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi; Penuntut-Penuntut daripada Institusi Pendidikan Teknik Brunei, Sekolah Menengah dan Sekolah Ugama; Kelab-Kelab Belia; Belia-Belia Masjid; Majlis Perundingan Kampung dan Mukim; Agensi-Agensi Kerajaan dan Swasta serta belia-belia perseorangan.

 

Di Daerah Belait, majlis telah diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam dan hadir menyempurnakan majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Yahya, Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga. Seramai 240 peserta lelaki dan perempuan telah mengikuti majlis tersebut terdiri daripada Persatuan-Persatuan Belia; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid; Penuntut-Penuntut Sekolah Menengah; serta Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Daerah Belait.

 

Manakala di Daerah Tutong pula, majlis telah diadakan di Masjid Ar-Rahim, Kampung Bukit Panggal. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan dengan penyertaan seramai 320 peserta lelaki dan perempuan terdiri daripada Persatuan-Persatuan Belia; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid; Pegawai dan Kakitangan Kerajaan; Penuntut-Penuntut Sekolah Menengah dan Pusat Tingkatan Enam.

 

 

Sementara di Daerah Temburong, majlis telah diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar dan hadir menyempurnakan majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dengan penyertaan seramai 276 orang peserta lelaki dan perempuan terdiri daripada Persatuan-Persatuan Belia; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid; Belia Masjid; Muslimah Masjid; dan Penuntut-Penuntut Sekolah Menengah Sultan Hassan.

 

Antara lain tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir, disamping untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia dan masyarakat serta untuk menggalakkan penglibatan belia dan masyarakat dalam aktiviti keagamaan.

 

Penganjuran majlis seumpama ini diharap akan dapat meningkatkan lagi penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan yang sudah setentunya berupaya menjadi benteng buat generasi belia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang juga sebagai pelapis dan penyambung kepimpinan dimasa hadapan.

 

 

 

 

 

#   #   #

 

 

 

 

 

Disediakan oleh:

Urus Setia Majlis Khatam Al-Quran 36 Kali

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan

Negara Brunei Darussalam Ke-36 Tahun 2020

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan

9 Rejab 1441H/4 Mac 2020M

 

 

 


 

 

 

 


Attachments
Created at 3/12/2020 11:15 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 3/12/2020 11:31 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar