Seramai
42 orang peserta terdiri daripada 20 orang belia lelaki dan 22 orang
belia perempuan dari keempat-empat daerah menghadiri bual bicara 'Fahami
Calak Brunei' bagi Program Belia Cinta Tanah Air (PBCTA) Kali Ke-15
Tahun 2020.
Bual
bicara bersama Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos
itu diadakan di Dewan Riadah, Pusat Belia, di ibu negara.
Dalam
bual bicara itu, antara lain menyentuh tentang pengajaran sejarah iaitu
bagaimana negara Brunei ini dilihat dari segi sejarahnya.
Beliau
juga turut mengongsikan mengenai penggunaan 'context' dalam melihat
apa-apa sahaja gambaran kerana ia juga akan dapat menggambarkan tentang
sejarah.
Bukan
itu sahaja, Awang Haji Mohd. Rozan turut menceritakan tentang
sejarah-sejarah lama seperti raja-raja, pembesar-pembesar pada zaman
dahulu kalanya.
Bual
bicara tersebut bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan
pengajaran kepada para belia di samping memberi maklumat kepada mereka
mengenai pentingnya memahami calak di negara ini.
PBCTA
dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui
Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan serta
beberapa agensi lain yang terlibat iaitu Akademi Pengajian Brunei,
Universiti Brunei Darussalam, Persatuan Kemajuan Insan (KESAN), Kelab
Komuniti Belia Transformasi (KKBT) dan Belia Da'ie Brunei.
Sumber : Pelita Brunei