Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
27.12.2019 | Dart Terbuka tarik minat peserta dalam, luar negara

Pertandingan Dart Beregu Terbuka Kali Ke-2 sempena Brunei December Festival (BDF) 2019 dan Sambutan Jubli Emas Pusat Belia bermula hari ini selama tiga hari, bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.


Sehubungan itu, Majlis Perasmian Pertandingan tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirizal bin Pengiran Haji Mahmud.


Pada pertandingan kali ini, sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Beregu Terbuka, Perseorangan Terbuka dan Perseorangan Wanita, dengan penyertaan lebih 200 peserta dari dalam dan luar negara.


Pertandingan dianjurkan oleh Kampung Tanjong Bunut (KTB) Darters yang dikendalikan bersama Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) dan disokong penuh oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Jabatan Belia dan Sukan, serta Persatuan Dart Kebangsaan Brunei (BNDA).


Dart2.jpg

 

Dengan pengalaman dan penerimaan maklum balas yang positif dalam pengendalian Pertandingan Dart Beregu Terbuka yang diadakan pada BDF tahun lalu, acara tersebut disasarkan untuk menjadi lebih teratur dan akan membawa faedah kepada semua pihak yang terlibat.

 

Selain untuk menunjukkan kebolehan  para pemain kepada pihak dan agensi yang boleh menaja mereka untuk bersaing di peringkat antarabangsa, pertandingan tersebut juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pemain serantau dan antarabangsa serta memperkenalkan sukan Dart agar dapat menarik minat orang ramai untuk mencuba dan terlibat dalam sukan tersebut.


Di samping itu, ia juga menunjukkan hubungan kekeluargaan yang dikongsi oleh komuniti Dart di Negara Brunei Darussalam, di mana persaingan di antara satu sama lain tidak akan menjejaskan persahabatan para pemain.


Sumber: Pelita Brunei

Attachments
Created at 12/28/2019 3:40 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 12/28/2019 3:42 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar