Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

13.12.2019 | Lebih 400 belia sertai Wira Fajar

Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Belia-Belia Masjid telah mengadakan Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah Di Masjid bagi tahun 1441H/2019M bertempat di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, di sini.


Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Atur cara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Awang Haji Syamsul Nizam bin Haji Badar, diikuti dengan Ceramah dan Tazkirah Subuh bertajuk 'Menggapai Khusnul Khotimah' oleh Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Awang Nazirul Mubin bin Ahad dan diselajurkan dengan bacaan Surah Al-Kahfi dipimpin oleh Imam Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan diakhiri dengan Sembahyang Sunat Dhuha.

wirafajar2.jpg

Majlis  itu turut disertai oleh seramai lebih 400 orang terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Pegawai-pegawai kerajaan; Persatuan-persatuan Belia; Belia-belia Masjid; belia-belia dari sektor kerajaan dan swasta; serta penduduk sekitar Kampong Sungai Akar.


Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah Di Masjid ini merupakan penganjuran kali kelima yang bertujuan untuk mendidik diri para belia untuk mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid serta memberikan pendedahan kepada para belia dengan mengisi aktiviti yang bermanfaat terutama sekali dalam mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid-masjid.


Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, selaku Penghulu Mukim Berakas 'B'; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.


Sumber: Pelita Brunei

Attachments
Created at 12/17/2019 2:43 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 12/18/2019 8:52 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli