Negara
 Brunei Darussalam (NBD) akan menghantar kontinjen bagi menyertai Sukan 
Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-30, Filipina 2019 yang akan diadakan secara
 rasminya bermula pada 30 November hingga 11 Disember 2019.
Kontinjen
 NBD dianggotai seramai 161 orang, terdiri daripada 87 orang atlet; dan 
74 orang pegawai, termasuk Chef de Mission, Assistant Chef de Mission, 
Ketua Urus Setia, Pegawai Urus Setia, Pegawai Perhubungan, Pengurus 
Pasukan, Jurulatih dan Pegawai, Doktor juga Fisioterapi.
Sehubungan
 itu, Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada Kontinjen Negara Brunei 
Darussalam ke Sukan SEA Ke-30, Filipina 2019 berlangsung di Stadium 
Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini. 
Berangkat
 bagi menyempurnakan majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka 
Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji 
Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul 
Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei 
Darussalam.
Berangkat
 sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah 
Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda 
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Majlis
 dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dipimpin oleh Yang Dimuliakan
 Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa bin Haji Murad, 
diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Menteri Kebudayaan, Belia dan 
Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin 
Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Kemuncak
 majlis ialah sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran 
Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, 
seterusnya Penyerahan Bendera NBD daripada Duli Yang Teramat Mulia 
kepada Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA 
Ke-30, Filipina 2019, Awang Haji Muhd. Zamri bin Dato Paduka Haji 
Hamdani.
Majlis
 diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin 
Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa bin Haji Murad, diikuti dengan 
bergambar ramai bersama Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei
 Darussalam.
Pada
 Sukan SEA kali ini, NBD akan menyertai sebanyak 14 acara sukan, iaitu 
akuatik, olahraga, sukan biliard, lawan pedang, bola sepak, golf, 
karatedo, boling padang, bola jaring, pencak silat, polo, taekwando, 
tenpin bowling dan wushu.
NBD
 mula mengikuti Sukan SEA pada tahun 1977, dan hingga ke hari ini negara
 memperoleh 12 pingat emas, 51 pingat perak dan 178 pingat gangsa, di 
mana pencapaian terbaik ialah semasa negara menjadi tuan rumah pada 
tahun 1999 dengan meraih empat pingat emas, 12 pingat perak dan 32 
pingat gangsa.
Kontinjen negara dijangka bertolak ke Manila, Filipina secara berperingkat-peringkat bermula 22 November 2019.
Turut
 hadir pada majlis tersebut, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik 
Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christopher B. 
Montero; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian 
Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan 
Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran 
Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi 
Pemilihan dan Penilaian Atlet Kebangsaan; Persatuan-persatuan Sukan 
Kebangsaan; dan Pegawai-pegawai Kanan KKBS; juga para ibu bapa dan 
penjaga.
 
 
 
 

Sumber: Pelita Brunei