'Belia
Kitani Arah Aiffa 2019' hasil karya Dayangku Jazmeena Anatasya binti
Pengiran Norasmadi menyandang gelaran johan Pertandingan Filem Pendek
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke
35, Tahun 2019 pada Majlis Penyampaian Hadiah pertandingan berkenaan
yang berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah,
Berakas.
Naib
johan disandang oleh Awang Muhammad Zharif bin Zaini dengan judul filem
'Harapan' dan tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Liyana binti Awang
Haji Julay dengan tajuk filem 'NASI'.
Johan
menerima wang tunai BND2,500 berserta piala dan sijil, naib johan
menerima wang tunai BND1,500 berserta piala dan sijil dan pemenang
tempat ketiga menerima wang tunai BND1,000 berserta piala dan sijil.
Penyampaian
hadiah berserta piala dan sijil tersebut disempurnakan oleh Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato
Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato
Seri Paduka Haji Abidin.
Pertandingan
tersebut merupakan satu platform bagi mencanangkan cerita yang
berhubung tentang kehidupan, sejarah, budaya, penyelidikan dan informasi
yang memaparkan fakta sebenar untuk menggambarkan semangat patriotisme
Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam daripada aspek perkembangan dan
pembangunan di negara ini sejak mencapai kemerdekaannya.
Ke
arah mencapai kecemerlangan, kesejahteraan serta kemakmuran negara
berkonsepkan : Keceriaan, Kemeriahan dan Kegembiraan dengan tema
'Menjayakan Wawasan Negara 2035'.
Antara
objektif pertandingan ini adalah untuk membuka ruang serta peluang yang
lebih luas kepada orang ramai untuk lebih bergiat aktif dalam
kreativiti penerbitan filem.
Majlis
diselajurkan dengan Kempen Pengagihan Poster Talian ANAK 121 sebanyak
500 keping sebagai usaha Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama
TelBru dan rakan-rakan strategik lain untuk membarigakan talian
tersebut bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.
Pada majlis itu, penyampaian poster berkenaan disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.
Sumber: Pelita Brunei