Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
23.08.2019 | China ungguli kedudukan Kejohanan Wushu

​Shiqi Chu dari China berjaya membawa pulang pingat emas dalam Kategori Sanda Junior Girl’s 52 Kg pada Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Pingat perak disandang oleh Munyeong Gwon dari Korea diikuti pingat gangsa dimenangi bersama oleh Aida Heidari dari Iran dan Ulfa Maria dari Indonesia.

 

Sementara, Guangxue Yan dari China meraih pingat emas dalam Kategori Sanda Junior Girl’s 60 Kg, pingat perak direbut oleh Munazah Gazi dari India diikuti pingat gangsa dirangkul bersama oleh Seyedehyasaman Bagherzadehvaskas dari Iran dan Farangiz Gupyrova dari Kazakhstan.

 

Dalam Kategori Sanda Children Boy’s 52 Kg, pingat emas dibolot oleh Arian Afraz Malekroodi dari Iran, pingat perak disandang oleh Khac Kien Nguyen dari Viet Nam diikuti pingat gangsa dimenangi bersama oleh Kaiku Ningthoujam dari India dan Nurpolat Sharafatdinov dari Kazakhstan.

 

Manakala dalam Kategori Sanda Junior Boy’s 52 Kg, pingat emas disambar oleh Jianzhong Peng dari China, pingat perak disandang oleh Jinoh Choi dari Korea diikuti pingat gangsa dirangkul bersama oleh Ho Wang Ho dari Hong Kong dan Ali Zafari dari Iran.

 

Meraih pingat emas dalam Kategori Sanda Junior Boy’s 56 Kg ialah Mahdi Akbari Moghaddam dari Iran, pingat perak disandang oleh Sitepu Vabio Enzo dari Indonesia diikuti pingat gangsa diraih bersama oleh Manh Cuong Nguyen dari Viet Nam dan Vinay dari India. 

 

Sementara, Jiakai Li dari China membolot pingat emas dalam Kategori Sanda Junior Boy’s 60 Kg, pingat perak dimenangi oleh Lok Hin Ieong dari Macau diikuti pingat gangsa direbut bersama oleh Younseung Lee dari Korea dan Brahmana Harry dari Indonesia.

 

Pada kejohanan ini, China menduduki tangga yang teratas dengan berjaya mengumpul 12 pingat emas dalam Acara Wushu Taolu diikuti Macau dengan tujuh pingat emas, lapan pingat perak dan tiga pingat gangsa diikuti Malaysia dengan enam pingat emas, sembilan pingat perak dan lima pingat gangsa.

 

Sementara, dalam Acara Wushu Sanda, China menduduki tangga yang teratas dengan berjaya mengumpul lapan pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa diikuti Iran dengan enam pingat emas, satu pingat perak dan empat pingat gangsa diikuti Vietnam dengan dua pingat emas, dua pingat perak dan empat pingat gangsa.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 8/24/2019 3:29 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 8/24/2019 3:29 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli