Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
23.08.2019 | Zi Qi Chiam berjaya kutip pingat perak

​Atlet Negara Brunei Darussalam, Zi Qi Chiam berjaya menghadiahkan pingat perak buat negara dalam Kategori Taolu Girl’s Jianshu Children pada Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 dengan berjaya mengumpul 9.11 mata.

 

Manakala pingat emas diraih oleh Heidi Kong Kai En dari Singapura dengan 9.15 mata dan Djalimin Jessie dari Indonesia memperoleh pingat gangsa dengan 9.05 mata.

 

Sementara, Jung Hyuk Alvyn Toh dari Malaysia meraih pingat emas dalam Kategori Taolu Boy's Jianshu Children dengan 9.17 mata, pingat perak oleh Seng Fai Chan dari Macau dengan 9.15 mata dan pingat gangsa oleh Amir Ali Milabi dari Iran dengan 9.10 mata.

 

Berangkat menyaksikan kejohanan pagi tadi yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir.

 

Juga berangkat anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Aliiyah Amalul Bulqiah; dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Aizzatul Bulqiah. 

 

Turut hadir, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Bagi Kategori Taolu Boy’s Nangun Youth, Wen Sheng Huang dari Taipei meraih pingat emas dengan berjaya mengumpul 9.46 mata diikuti pingat perak diperoleh oleh Kah Heng Wong dari Malaysia dengan 9.44 mata diikuti pingat gangsa oleh Mohammad Ali Mojiri Foroushani dari Iran dengan berjaya mengumpul 9.39 mata.

 

Manakala dalam Kategori Taolu Girl’s Nangun Youth, pingat emas dimenangi oleh Po Yan Lau dari Hong Kong dengan berjaya mengumpul 9.45 mata, pingat perak disandang oleh Sam In Wong dari Macau dengan 9.43 mata diikuti pingat gangsa dirangkul oleh Ariyanto Gabrielle Felicia dari Indonesia dengan 9.40 mata.

 

Sementara itu, dalam Kategori Taolu Boy’s Jianshu Junior, Motoyoshi Araki dari Jepun dengan berjaya membawa pulang pingat emas dengan memperoleh 9.37 mata, pingat perak disandang oleh Chi Hin Kuong dari Macau dengan 9.34 mata dan pingat gangsa oleh Sim Shao Yang Ian dari Singapura dengan berjaya mengumpul 9.31 mata.

 

Dalam kategori yang sama bagi atlet perempuan, atlet Malaysia, Sy Jie Kelly Chin dan Atlet Macau, Weng Ian Wong masing-masing merangkul pingat emas bersama dengan 9.35 mata dan pingat gangsa dioleh Koju Mori dari Jepun dengan 9.22 mata.

 

Atlet China, Chenyijie Hu membolot pingat emas dalam Kategori Taolu Boy's Qiangshu Children dengan berjaya mengumpul 9.19 mata, pingat perak pula dimenangi bersama oleh Soma Ueyama dari Jepun dan Ching Hin Ho dari Hong Kong masing-masing berjaya mengumpul  9.15 mata.

 

Dalam Kategori Taolu Girl’s Qiangshu Children, pingat emas diraih oleh Liem Rainie Elena dari Indonesia dengan mengumpul 9.15 mata, pingat perak dirangkul bersama oleh Hasti Sedighi Mournani dari Iran dan Wun Teng Chang dari Macau masing-masing mengumpul 9.10 mata.

 

Pasukan atlet dari Macau pula berjaya membawa pulang pingat emas bagi Kategori Taolu Acara Berpasukan dengan mengumpul 9.54 mata diikuti pingat perak dimenangi oleh pasukan atlet Hong Kong dengan 9.53 mata dan pasukan atlet Taipei memperolehi pingat gangsa dengan 9.52 mata.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kolonel (B) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 8/24/2019 3:20 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 8/24/2019 3:20 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli