Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
21.08.2019 | Pemenang Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 terima pingat

​Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan pada Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 yang berlangsung  di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.


Pada kejohanan berkenaan, pingat emas dimenangi oleh Republik Rakyat China, Hao Zhang setelah berjaya mengutip 9.40 mata dalam Kategori Changquan Remaja Lelaki manakala pingat perak dimenangi oleh peserta dari Republik Filipina, Sandrex Gainsan dengan 9.34 mata dan pingat gangsa diraih oleh peserta Malaysia, Muhammad Danish Aizad bin Mohd Firdaus Chua dengan 9.33 mata.


Sementara dalam Kategori Taijiquan Remaja Perempuan, pingat emas dirangkul oleh peserta dari China, Jinke Ren dengan mengutip 9.40 mata diikuti pingat perak oleh peserta dari Jepun, Koju Mori dengan 9.33 mata manakala pingat gangsa diraih oleh peserta dari Republik Singapura, Zoe Tan Ziyi dengan 9.32 mata.


Berkenan berangkat menyaksikan beberapa acara pada kejohanan berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC).


Juga berangkat, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Aliiyah Amalul Bulqiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.


Sementara itu, Qiquan DU dari China berjaya membawa pulang pingat emas dalam Kategori Boy's Nandao Youth dengan mengumpul 9.61 mata, Ali Shokravi dari Iran dengan 9.47 mata membawa pulang pingat perak dan pingat gangsa diraih oleh Lok Man Ngan dari Hong Kong dengan 9.47 mata.


Dalam Kategori Girl's Nandao Youth, pingat emas direbut oleh Qi Zhou dari China dengan 9.60 mata, pingat perak diraih oleh Sam In Wong dari Macau dengan 9.46 mata sementara Po Yan Lau dari Hong Kong meraih pingat gangsa dengan 9.43 mata.


Bagi Kategori Boy's Jianshu Youth, Jiawen Zhang dari China membawa pulang pingat emas dengan memperoleh 9.61 mata, pingat perak pula disandang oleh Ka Hou Chin dari Macau dengan 9.52 mata dan pingat gangsa diraih oleh Shin Peng Si dari Malaysia dengan 9.51 mata.


Atlet dari Macau, Hou Cheong Cai pula berjaya memungut pingat emas bagi Kategori Boy's Gunshu Children dengan 9.14 mata diikuti pingat perak dimenangi oleh Caleb Ng Bin Rong dari Republik Singapura dengan 9.12 mata dan Cheuk Yin Yeung dari Hong Kong memperoleh pingat gangsa dengan 9.07 mata.


Pingat emas dalam Kategori Girl's Gunshu Children dirangkul oleh Ut Leng Cheung dari Macau dengan 9.10 mata, Setayesh Takfallah dari Iran dengan 9.09 mata membawa pulang pingat perak sementara  peserta dari Malaysia, Jia Ye Lee dan Hong Kong Long Yi Candice Kung masing-masing memperoleh pingat gangsa dengan 9.05 mata.


Hadir menyampaikan pingat kepada para pemenang ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong dan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat.


Kejohanan Wushu tersebut yang diadakan pada 19 hingga 24 Ogos 2019 itu, disertai oleh 19 buah negara, iaitu Negara Brunei Darussalam; Republik Raykat China; Hong Kong, China; India; Filipina; Indonesia; Iran; Jepun; Jordan; Kazakhstan; Korea; Kyrgyzstan; Lebanon; Macau, China; Malaysia; Singapura; Sri Lanka; Chinese Taipei dan Viet Nam dengan penyertaan 265 atlet yang akan bertanding dalam acara Sanda dan Taolu.


Kejohanan dianjurkan oleh Persekutuan Wushu Brunei Darussalam (WUFBD) dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyaksikan kejohanan tersebut bermula jam 9.00 hingga 11.30 pagi; 2.30 hingga 5.00 petang dan 7.00 hingga 9.00 malam. Masuk adalah percuma di sepanjang kejohanan.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 8/24/2019 11:54 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 8/24/2019 11:54 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli