Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
16.08.2019 | Tunaikan sembahyang lima waktu secara teratur

‚ÄčPara belia sebagai penerus generasi akan datang dinasihatkan untuk sentiasa bersedia, bukan sahaja daripada aspek duniawi, malahan ukhrawi dengan menunaikan ibadah sembahyang secara teratur dan tepat pada waktunya.


''Belia Islam yang unggul adalah mereka yang sentiasa melakukan perkara-perkara berkebajikan di jalan Allah dan sentiasa menjaga sembahyang lima waktunya,'' jelas Penceramah daripada Pusat Da'wah Islamiah, Dr. Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah semasa menyampaikan Tazkirah, bertajuk 'Belia Siaga Masa Depan' pada Program Wira Fajar yang berlangsung di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjung Bunut.


Tambahnya, para belia juga perlu sentiasa memohon doa kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sama ada semasa dirinya mengalami kesukaran ataupun kesenangan.


Di samping itu, belia-belia juga diingatkan untuk sentiasa menghormati kedua ibu bapa yang berusaha membesarkan mereka dengan jerih payah dan kasih sayang agar apa pun yang dilakukan oleh para belia mendapat keredaan, seterusnya mendapat kejayaan.


Program Wira Fajar kali ketiga itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Belia-belia Masjid.


Program itu diharap dapat mendidik para belia untuk mengerjakan sembahyang secara berjemaah di masjid dengan memberikan pendedahan kepada para belia melalui aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid-masjid.


Hadir bersama para belia pada program tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.


Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.


Program yang dihadiri oleh lebih 400 belia yang terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Ar-Rahman Kampung Tanjung Bunut; Pegawai-pegawai Kerajaan; Persatuan-persatuan Belia; Belia-belia Masjid; Institusi Pengajian Tinggi; Ahli-ahli Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT); Alumni Program-program Kebangsaan dan Antarabangsa; juga penduduk sekitar Kampung Tanjung Bunut didahului dengan Sembahyang Fardu Subuh berjemaah, diikuti dengan Sesi Tazkirah dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Kahfi dan Surah Al-Waqiah.


Orang ramai, terutamanya para belia amatlah dialu-alukan untuk menyertai Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di masjid.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 8/19/2019 3:29 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 8/19/2019 3:29 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli