Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
30.05.2019 | Kongres Belia Kebangsaan 2019 bermula 16 Jun

‚ÄčTiga perkara utama yang memainkan peranan signifikan dalam prospek kehidupan seharian para belia pada masa ini dan masa hadapan akan dibincangkan pada Kongres Belia Kebangsaan 2019 (KBB 2019) yang bertemakan 'Bersama Mencorakkan Masa Hadapan Kita'.


Ketiga-tiga perkara tersebut iaitu 'Belia Siaga Masa Depan' (Future Ready Youth); 'Penglibatan Belia' (Youth Participation); dan 'Keusahawanan' (Entrepreneurship) akan dijadikan sebagai topik-topik perbincangan utama dalam forum dan bengkel semasa berlangsungnya kongres selama dua hari bermula 16 hingga 17 Jun 2019 di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


Perkara tersebut dikongsikan dalam Sidang Media bagi membarigakan KBB 2019 yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said  yang diadakan di Dewan Citra Budaya, bangunan KKBS.


Kongres tahun ini merupakan pengendalian kali kedua sejak pertama kali diadakan pada tahun 2008 yang dianjurkan dengan kerjasama KKBS dengan rakan-rakan strategik dari Majlis Belia Brunei; Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB); Gild Siswazah Universiti Brunei Darussalam; Generasi Bekarih dan Syarikat Pengurusan Al Huffaz.


Lebih 500 belia berumur 15 hingga 40 tahun dijangka menyertai kongres tersebut melalui pendaftaran dan jemputan yang akan dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut topik-topik perbincangan utama.


Selain itu, kongres juga akan mendatangkan beberapa penceramah jemputan dari dalam dan luar negara terdiri daripada tokoh-tohoh ternama di negara ini dan juga yang berjaya di bidang perniagaan dan perusahaan sosial, untuk mengongsikan pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk menjadi sumber inspirasi belia kita.


Pada kongres itu nanti, para belia diharap dapat berinteraksi menyuarakan pendapat dan pandangan yang membina terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan, untuk diselaraskan dengan dasar-dasar yang sedia ada bagi kemajuan dan pembangunan belia bagi menghasilkan resolusi-resolusi yang memenuhi hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Dengan ini, KKBS menyeru dan mengalu-alukan penyertaan belia yang berminat untuk tidak melepaskan peluang keemasan menjadi peserta kongres yang mana pendaftaran dibukakan sehingga 2 Jun 2019 melalui laman sesawang rasmi KBB 2019 dan maklumat lanjut mengenainya boleh melayari 'www.kongresbelia.gov.bn'.



Attachments
Created at 7/6/2019 12:08 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 7/6/2019 12:14 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli