Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

22.05.2019 | Jualan Kuih Muih Belia kini kembali

​Jualan Kuih Muih Belia merupakan aktiviti jualan yang sangat dinantikan oleh pembeli dan juga penjual menjelang Hari Raya Aidilfitri setiap tahun.


Biro Keusahawanan, Kelab Komuniti Belia Transformasi (KBBT) untuk kali keduanya diamanahkan untuk menguruskan jualan-jualan yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Dewan Riadah, Pusat Belia.

 

Sehubungan itu, majlis pelancarannya telah diadakan hari ini yang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

 

Tahun ini merupakan kali ke-16 Pusat Belia Bandar Seri Begawan mengadakan aktiviti jualan tersebut yang merupakan kesinambungan program membuat kek dan pastri (biskut), Akademi Masakan Belia, yang dibukakan kepada belia-belia berumur 15 hingga 35 tahun di bawah naungan pusat tersebut.

 

Aktiviti seumpamanya bertujuan untuk menggalakkan belia-belia yang mengikuti Akademi Masakan Belia untuk terus berusaha dalam meningkatkan kemahiran dan menjana ekonomi masing-masing, di samping melibatkan para belia untuk menceburi bidang keusahawanan.

 

Di samping, mendedahkan para belia dalam pengurusan sesebuah perniagaan secara bersistem dan memanfaatkan kemahiran internet untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Pusat Belia.

 

Aktiviti jualan tersebut disertai oleh bekas pelajar-pelajar Akademi Masakan Belia; Belia Berniaga; Majlis Wanita Brunei (WI); Jabatan Penjara; Pusat Da'wah Islamiah; dan Alumni Program-Program Anjuran Jabatan Belia dan Sukan, dan akan berakhir pada 29 atau 30 Ramadan 1440 Hijrah.

Attachments
Created at 5/25/2019 10:30 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 5/25/2019 10:30 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli