Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
20.05.2019 | Siaran Media KKBS Mengenai Anugerah Hari Belia Kebangsaan2019

​Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin memaklumkan bahawa borang pencalonan bagi Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2019 sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-14, 2019 kini boleh didapati dan dimuat turun dari laman web rasmi Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di www.belia-sukan.gov.bn.

 
Kategori anugerah pada tahun ini dibahagikan kepada empat (4) iaitu:
 
  1. Projek Cemerlang Untuk Belia – Diberikan kepada projek yang banyak memanfaatkan belia;

  2. Belia Cemerlang – Diberikan kepada belia yang berjaya dalam bidang masing-masing;

  3. Belia Berkhidmat – Diberikan kepada belia yang banyak menyumbang khidmat sukarela kepada negara atau orang lain; dan

  4. Pemimpin Muda Belia – Diberikan kepada pemimpin muda belia yang cemerlang mengembling orang-orang bawahan kepada kebaikan.
 
Setiap pencalonan hendaklah mengisikan borang pencalonan yang disediakan dengan lengkap dan menghadapkannya ke Urus Setia Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2019 tidak lewat pada hari Sabtu, 15 Jun 2019 sebelum pukul 4.30 petang.
 
Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2019 di talian 2381903/4/5 sambungan 1305 atau 1310 atau e-mel anugerahharibeliakebangsaan@gmail.com.


Attachments
Created at 5/20/2019 9:36 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 5/20/2019 10:49 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli