Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
06.05.2019 | Bincangkan isu-isu semasa belia

Lebih 100 belia dan pemimpin belia dari pelbagai sektor, organisasi, persatuan dan pertubuhan di negara ini menghadiri Bengkel Persediaan : Kongres Belia Kebangsaan 2019, berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 

Perasmian bengkel disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Belia Brunei, Awang Mohd. Aidil Firdaus bin Haji Jukin.

 

Sebelum bergerak ke kelompok tema masing-masing, para peserta bengkel diberikan taklimat bertajuk 'Main Findings from Environment Scan of Brunei Youth' daripada wakil Pusat Pengajian Strategik dan Polisi (Centre for Strategic and Policy Studies - CSPS), Dr. Diana Cheong.

 

Tiga tema utama menjadi fokus perbincangan semasa bengkel berkenaan, iaitu Keusahawanan dan Pengangguran (Entrepreneurship and Unemployment); Belia Sedia Masa Hadapan (Future Ready Youth); dan Penglibatan Belia (Youth Participation).

 

Hadir mendengarkan pembentangan hasil perbincangan bengkel tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Hasil daripada perbincangan tersebut akan dilaratkan menjadi sebuah 'deraf resolusi' bagi program kemuncak seterusnya, iaitu Kongres Belia Kebangsaan 2019 yang akan diadakan pada 16 dan 17 Jun 2019.

 

Bengkel yang diungkayahkan oleh Majlis Belia Brunei itu merupakan platform perbincangan awal bagi penyediaan 'deraf resolusi' yang mengandungi pelan tindakan strategik utama dalam menangani isu-isu semasa yang melanda para belia, di samping untuk mendukung kepada pembangunan dan kemajuan negara.

Attachments
Created at 5/15/2019 10:48 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 5/15/2019 10:48 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli