Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
05.05.2019 | Sukan ARAFURA 2019 : Brunei kutip 2 - Emas, 1 - Perak, 3 - Gangsa

Seramai 16 ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Chef de Mission, Pegawai Urusetia, Pegawai Perhubungan serta pegawai dan atlet Pasukan Bola Jaring telah selamat tiba ke tanah air setelah menyertai Sukan Arafura di Darwin, Australia sejak 26 April hingga 4 Mei 2019.


Pada sukan tersebut, kontinjen negara berjaya mengutip dua pingat emas, satu perak dan tiga gangsa melalui acara Olahraga dan Renang.


Hadir mengalu-alukan ketibaan kontinjen negara di Ruang Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat dan para pegawai Jabatan Belia dan Sukan.


Pasukan Bola Jaring negara menduduki tempat keempat selepas tewas kepada Pasukan Pints NT dengan jaringan 36 – 54 dalam peringkat penentuan tempat ketiga semasa perlawanan yang diadakan di Netball Stadium, Darwin, Australia.


Kontinjen negara diketuai oleh Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Arafura, Darwin, Australia 2019.

Attachments
Created at 5/15/2019 10:44 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 5/15/2019 10:44 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli