​Pasukan
Bola Jaring Brunei Darussalam hanya mampu ke pusingan penentuan pingat
gangsa apabila tewas kepada Fiji 90 - 16 pada saingan separuh akhir
petang tadi.
Pada
perlawanan penentuan pingat gangsa esok, skuad bola jaring negara akan
menentang Pints NT pada jam 10.30 pagi waktu Darwin.
Sebelumnya,
perlawanan separuh akhir skuad negara berjaya menewaskan Pasukan SAASTA
Black pada dua peringkat berturut-turut kelmarin pada Sukan Arafura
2019, yang berlangsung di Netball Stadium, Darwin.
Berangkat
menyertai pasukan negara, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak
Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
selaku Kapten Pasukan.