Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
30.04.2019 | Sukan Arafura 2019 : Perenang Negara Kutip Emas, Gangsa

‚ÄčDua perenang negara berjaya mengutip satu pingat emas dan satu pingat gangsa dalam Sukan Arafura 2019, berlangsung di Parap Swimming Pool, Darwin, di sini.

 

Pingat emas bagi acara renang berjaya dikutip oleh Christian Nazario Nikles melalui Kategori Men 17 & Over 50M Butterfly dengan catatan masa 26.36 saat pada perlawanan yang diadakan hari ini.

 

Sementara itu, Nur Haziq bin Samil pula berjaya membawa pulang satu pingat gangsa melalui Kategori Men 17M & Over 200M Backstroke, kelmarin.

 

Setakat ini, kontinjen negara berhasil mengutip dua pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa.

Attachments
Created at 5/2/2019 4:08 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 5/4/2019 11:50 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli