Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

23.04.2019 | SUKAN ARAFURA 2019 - BERUSAHA RAIH KEJAYAAN

Seramai sembilan orang kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada empat orang atlet dan lima orang pegawai petang tadi berlepas ke Darwin, Australia bagi menyertai Sukan Arafura 2019.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud yang antaranya turut memberikan kata-kata semangat kepada para atlet dan berharap mereka akan berusaha gigih dengan semangat kesukanan yang tinggi bagi meraih kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama negara.


Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.


Kontinjen negara diketuai oleh Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed selaku Chef de Mission.


Pada edisi kali ini, kontinjen negara akan menyertai sebanyak tiga acara sukan, iaitu Bola Jaring, olahraga bagi atlet Para dan Renang.


Sukan Arafura edisi 2019 dijadual berlangsung pada 26 April hingga 4 Mei 2019.


Pada Sukan Arafura 2011, kontinjen negara telah berjaya meraih 14 pingat secara keseluruhan, iaitu empat pingat emas, enam pingat perak dan empat pingat gangsa melalui sukan olahraga termasuk olahraga bagi atlet Para, Renang dan Tenpin Bowling.


Kontinjen negara akan dijangka pulang pada 5 Mei 2019.

Attachments
Created at 5/2/2019 3:35 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 5/2/2019 3:35 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli