Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

29.04.2024 | Program Tangkas : Taklimat Pendaftar Pertubuhan (R.O.S)

JERUDONG, Isnin, 20 Syawal 1445H/29 April 2024M. - Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Pendaftar Pertubuhan (R.O.S) telah mengungkayahkan Program TANGKAS: Taklimat Pendaftar Pertubuhan bertempat di Dar Al-Intishar, Kompleks Sukan Jerudong. 

Hadir ialah Yang Mulia Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan.

Program TANGKAS bermatlamat untuk meningkatkan kepimpinan, kemahiran dan pengurusan serta pengetahuan berpersatuan di kalangan ahli persatuan belia dan sukan melalui aktiviti-aktiviti pembangunan kapasiti dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan.

Antara lain objektif program tersebut adalah untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan ahli persatuan belia dan sukan, disamping menguatkan kemahiran pengurusan organisasi dan program serta meningkatkan kesedaran tentang peranan dan proses berpersatuan termasuk meningkatkan pengetahuan tentang isu-isu semasa dalam bidang belia dan sukan.

Seramai 22 Persatuan Belia dan 45 Persatuan Sukan termasuk kelab dan pergerakan belia dan sukan di bawah naungan persatuan kebangsaan dan agensi kerajaan yang berkenaan telah menghadiri program tersebut.

Program TANGKAS terbahagi kepada tiga kategori iaitu:-

(1) Kepimpinan - Menyediakan latihan kemahiran kepimpinan untuk ahli persatuan seperti Kursus Kepimpinan di Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD);

(2) Pengurusan Persatuan - Memberikan kursus tentang pengurusan dan kemahiran berkaitan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan persatuan seperti Kursus Pengurusan Kewangan; dan

(3) Pengetahuan Berpersatuan dan Isu Semasa - Mengadakan sesi dialog bersama dengan agensi-agensi berkepentingan dalam hal ehwal berpersatuan dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan belia dan sukan seperti Taklimat Bersama Pendaftar Pertubuhan.

Bagi menjayakan program ini, pihak jabatan akan terus berkerjasama dengan rakan strategik berkaitan seperti Agensi Kerajaan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Syarikat-Syarikat Swasta untuk mendapatkan sokongan tambahan, sumber daya dan kepakaran yang diperlukan.

Program ini akan dilaksakan sepanjang tahun dengan sesi-sesi berkala mengikut kategori aktiviti yang telah ditetapkan.

kursus ROS 2024 p1.png

kursus ROS 2024 p2.png

kursus ROS 2024 p3.png

kursus ROS 2024 p4.png

kursus ROS 2024 p5.png

Attachments
Created at 4/30/2024 9:56 AM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 5/23/2024 4:11 PM by Susieyanti Hamdi