​Dengan hormat sukacita pihak Pengurusan Kolam Renang Anggerek Desa ingin memaklumkan bahawa Kolam Renang Anggerek Desa di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ditutup penggunaanya kepada orang ramai bermula 8 Januari 2024 hingga 15 Mac 2024.
Penutupan tersebut adalah disebabkan kerja-kerja pemasangan penapis (filter) baru bagi kolam renang tersebut.