Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
TIMOR LESTE JULANG PIALA HASSANAL BOLKIAH 2018

‚ÄčHBT Closing-HM and DPMM.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali - Penerangan

Foto: hassanalbolkiahtrophy.gov.bn website

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Mei 2018 - Piala Hassanal Bolkiah (HBT) Kejohanan Bola Sepak bagi Belia ASEAN 2018 mencatatkan sejarahnya kali ini dengan menyaksikan Timor Leste menjulang juara buat pertama kali apabila berjaya membenam harapan pasukan Kemboja malam tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini, lebih meriah apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sendiri berkenan berangkat menyaksikan perlawanan yang begitu sengit dan seterusnya mengurniakan Piala Hassanal Bolkiah 2018 serta replika cek sejumlah BND20,000 kepada juara kali ini.

HBT closing-DPMM giving prize.jpg

Sementara, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan mengurniakan pemenang 'Fair Play' kepada pasukan Myanmar, pemenang 'Most Valuable Player' kepada pemain Timor Leste, Henrique Wilson Da Cruz, pingat emas kepada juara HBT 2018 serta hadiah kepada naib juara, Kemboja dengan membawa pulang wang tunai BND10,000 serta pingat perak.

HBT Closing-Team Timor Leste.jpg

HBT closing-Team Kemboja.jpg

Turut berangkat menyaksikan perlawanan akhir itu ialah paduka-paduka anakanda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berserta kerabat diraja yang lain.

Terdahulu, keberangkatan Kebawah DYMM berserta kerabat diraja dijunjung oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam selaku Penasihat Jawatankuasa Tertinggi HBT 2018, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Haji Abu Bakar dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi HBT 2018.

Sejurus keberangkatan tiba, Lagu Kebangsaan Allah Peliharakan Sultan dimainkan dan seterusnya menyaksikan perlawanan akhir Timor Leste menentang Kemboja di hadapan seramai 15,505 penonton.

HBT 2018 yang mula dianjurkan oleh NBD sejak tahun 2002 adalah bagi mendokong titah Kebawah DYMM untuk melibatkan pasukan terbaik di rantau ASEAN dan bersaing dalam liga bola sepak ASEAN atau Asia Tenggara, di samping memberikan pendedahan dan kemahiran dalam kesukanan ASEAN ke seantero dunia.

Selain itu, HBT juga memberi peluang bagi pemain muda yang berbakat untuk bersaing di luar negara dan rangkaian di kalangan peserta ini akan dapat dibentuk dan mewujudkan pemahaman budaya yang berbeza di kalangan masyarakat ASEAN.


HBT Closing-Audience.2jpg.jpg

HBT Closing-Audience.jpg

Attachments
Created at 5/8/2018 9:50 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/8/2018 9:51 AM by Lee Chin Foo