Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
​PKBN DAPAT BENTUK MODAL INSAN BELIA

DSC_1198.jpg

Sumber: Pelita Brunei

 

Berita : Nooratini Haji Abas [Jabatan Penerangan]

Foto : Hajah Ajijah Haji Ali [KKBS] , Pg Suhaimi Pg Hj Othman [KKBS]

 

 

TEMBURONG, Khamis, 15 Mac. - Kewujudan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) amatlah penting, kerana melaluinya, kita dapat membentuk modal insan belia yang optima, yang memiliki jati diri dan semangat patriotisme yang kental.

 

Dalam hal itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah melahirkan kegembiraan dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pelatih semasa acara Hari Kebangsaan baru-baru ini.

 

''Semangat seperti ini perlu terus dipupuk untuk mencapai 'Brunei Maju' menjelang 2035,'' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan PKBN Pengambilan Ke-7 yang berlangsung di Kem Latihan PKBN, Kampung Batu Apoi, di sini.

 DSC_1185.JPG

Menurut Kebawah Duli Yang Maha Mulia, kemajuan sesebuah negara itu sering dikaitkan dengan pembangunan modal insan, kerana pembangunan modal insan adalah teras bagi menjayakan sesuatu transformasi ke arah perubahan.

 

Maka atas asas itulah kita tambah titah baginda memberikan fokus kepada pembangunan insan cemerlang, di antaranya melalui program PKBN, lebih-lebih lagi modal insan di peringkat belia, kerana belia adalah tonggak bangsa dan negara.

 

Kerana itu, para pelatih, titah baginda, kita bekalkan mereka dengan nilai-nilai yang kukuh, baik dari aspek fizikal mahupun rohani, agar belia Brunei benar-benar dapat diharapkan untuk menghadapi apa jua hambatan atau cabaran.

 

''Beta pada hari ini turut berbangga, kerana Bahagian Khidmat Bakti Negara telah maju setapak lagi dengan penubuhan Persatuan Alumni PKBN,'' baginda bertitah.

 

Dengan penubuhan itu, Kebawah DYMM bertitah, yakin bahawa persatuan tersebut bukan sahaja dapat menyatukan kesemua Alumni PKBN di bawah satu organisasi, malahan juga dapat menabur jasa dan sumbangan, seperti melalui kegiatan-kegiatan keugamaan dan kemasyarakatan serta khidmat kesukarelawanan.

 DSC_5919.jpg

''Alhamdulillah, kita sama-sama dapat menyaksikan prasarana dan bangunan yang telah dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan canggih, antara lain, seperti struktur pelbagai latihan (Multi-Training Structure) dan Obstacle Course,'' titahnya lagi.

 

Apa yang perlu sekarang dalam titah baginda mengingatkan kemudahan-kemudahan itu akan digunakan sepenuhnya, bukan hanya sewaktu ada pengambilan program PKBN sahaja.

 

Oleh yang demikian baginda bertitah menyeru, pihak-pihak yang berkenaan sangatlah wajar untuk merencana dan melaksanakan dengan baik setiap program di Kem Latihan Kekal PKBN berkenaan.

 

Bagi mengakhiri titah itu, baginda mengucapkan tahniah dan syabas kepada seramai 374 pelatih PKBN Pengambilan Ke-7, iaitu jumlah terbesar pengambilan setakat ini.

 copy_DSC_6032.jpg

''Kejayaan para pelatih pada hari ini bukan saja hasil titik peluh masing-masing, malahan juga dari kerjasama yang padu daripada pelbagai pihak, khususnya para jurulatih lebih-lebih lagi berkat doa ibu-bapa dan penjaga serta keyakinan mereka, bahawa anak-anak mereka perlu diberikan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermanfaat, selaku generasi benar yang benar-benar Bersedia Berkhidmat dan Berbakti.''

 

''InsyaaAllah, di atas segala sumbangan bakti yang diberikan kepada pembangunan modal insan, demi untuk melahirkan Generasi Cemerlang, maka para pelatih, semoga akan dikurniakan rahmat dan petunjuk oleh Allah Subhanahu Wata'ala,'' titah baginda.


Attachments
Created at 3/17/2018 5:40 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 3/24/2018 12:55 PM by Lee Chin Foo