Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
GANJARAN KEMENANGAN SPKS SEBAGAI PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN NEGARA

‚ÄčINFODEPT07-002.jpg

INFODEPT07-003.jpg

DSC_4123.JPG

DSC_4159.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Saerah Haji Abd Ghani-Penerangan

Foto: Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said-Penerangan & Hajah Ajijah Ali-KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Februari 2018 - Sebagai pengiktirafan dan penghargaan negara kepada mereka yang berjaya mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam, seramai 66 atlet, 20 jurulatih dan penolong jurulatih, dan 10 Persatuan Sukan Kebangsaan telah menerima Ganjaran Kemenangan Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan (SPKS).

Berangkat ke majlis berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Keberangkatan kerabat diraja di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Ugama, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Nuurmatiin bin Haji Abu Bakar diikuti dengan sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, selaku Pengerusi Majlis.

Pada majlis itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah berkenan menerima Ganjaran Kemenangan SPKS bagi sukan polo yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar juga berkenan menerima Ganjaran Kemenangan SPKS bagi sukan polo pada majlis tersebut.

Para penerima Ganjaran Kemenangan SPKS adalah terdiri daripada atlet-atlet sukan polo, wushu, pencak silat, boling padang, bola jaring, sepak takraw, karate, olahraga, tenpin boling, berbasikal dan kiu yang telah berjaya dan meraih pingat di Sukan Asia Tenggara Ke-29 (Sukan SEA) yang berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia; Sukan Para ASEAN Ke-9 pada 17 hingga 23 September 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia; 6th International Wushu Championship Pars Cup pada 14 hingga 17 April 2017 di Semnan, Iran; 79th Singapore Open Track & Field pada 27 hingga 28 April 2017; 8th Golden Break 9-Ball Championship 2017 di Kuala Lumpur pada 10 hingga 15 Julai 2017; dan 9th Asian Junior Wushu Championship pada 14 hingga 21 September 2017 di Gumi, Korea Selatan.

Sukan-sukan yang menerima Ganjaran Kemenangan SPKS adalah sukan polo, wushu, pencak silat, boling padang, bola jaring, sepak takraw dan karate bagi Kejohanan Sukan SEA Ke-29 yang berjumlah sebanyak BND75,550; sukan olahraga, tenpin boling dan berbasikal bagi Kejohanan Sukan Para ASEAN Ke-9 berjumlah sebanyak BND67,775; sukan wushu bagi Kejohanan 6th Intenational Wushu Championship Pars Cup pula sebanyak BND10,500; sukan olahraga pada Kejohanan 79th Singapore Open Track & Field berjumlah sebanyak BND4,000; sukan kiu bagi Kejohanan 8th Golden Break 9-Ball Championship 2017 berjumlah sebanyak BND1,400; dan sukan wushu bagi Kejohanan 9th Asian Junior Wushu Championship pula berjumlah BND12,325.

Majlis seumpama ini diadakan adalah untuk memberikan galakan kepada para atlet bagi mencapai satu-satu tahap kejayaan dalam menjalani latihan secara bersungguh-sungguh agar dapat mengekalkan atau mencapai prestasi yang lebih tinggi di sukan serantau dan antarabangsa di samping menyampaikan ganjaran berupa wang tunai kepada para atlet yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang sukan masing-masing di peringkat serantau dan antarabangsa.

Skim ganjaran ini juga diberikan kepada jurulatih-jurulatih sukan kerana penglibatan mereka dalam perkembangan dan kemajuan dalam latihan dan semua ini adalah mengikut sepertimana yang termaktub dalam Dasar Sukan Negara.


Attachments
Created at 2/10/2018 2:06 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/10/2018 2:17 PM by Lee Chin Foo