Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
CF20 TAWARKAN PELBAGAI PRODUK DAN PERKHIDMATAN

DSC_7154.JPG

DSC_7205.JPG

DSC_7208.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Marlinawaty Hussin - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Januari 2018 - Pesta Pengguna Ke-20 (CF20) yang bemula hari ini hingga 28 Januari di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan serta aktiviti menarik untuk para pengunjung.

Pelancaran pesta berkenaan dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat majlis.

Juga hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah pegawai-pegawai kerajaan, Duta-duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Negara Brunei Darussalam, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, ketua organisasi dan rakan kongsi CF20.

Majlis diserikan dengan tayangan video mengenai sejarah perjalanan pesta pengguna sejak ia bermula pada tahun 2008.

Tetamu kehormat kemudian menyampaikan anugerah kepada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian pada acara tersebut lebih daripada 10 kali.

Para penerima anugerah termasuk Entrek (B) Sendirian Berhad (Jollibee); NBT Brunei Sendirian Berhad; Oregon Systems Takaful Brunei Darussalam dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Terdahulu, Pengarah Urusan D'Sunlit Sendirian Berhad, Jackson Ting dalam ucapannya berkata, pesta pengguna diilhamkan dari trend pengguna yang menginginkan satu tempat sehenti (one-stop) bagi membeli-belah, di samping hiburan dan aktiviti utama.

Beliau menambah, langkah siri CF20 seterusnya adalah untuk menyediakan platform bagi para belia untuk mencipta dan mempamerkan industri tempatan kepada orang ramai.Menurutnya, ia dapat memberi kesedaran serta pendedahan kepada bakat-bakat tempatan dan membantu perkembangan industri-industri yang dipandu oleh para belia.

CF20 bertemakan 'Remembering the Past, Celebrating the Present and Envisioning the Future' itu juga membawakan pelbagai aktiviti menarik bagi golongan dewasa dan kanak-kanak.

Antaranya adalah kedai bertemakan tahun 1990-an, iaitu Vintage Shop dan pameran Neon Gallery juga dikenali sebagai 'After Glow' yang menampilkan beberapa artis mural tempatan.

Para pengunjung berpeluang memenangi sebuah iPhone X dengan menyertai Pertandingan Augmented Reality anjuran DST bagi pengguna iPhone dan sebuah kereta Toyota Vios melalui cabutan bertuah.

Selain itu, antara yang menjadi tumpuan adalah kempen 'The Missing Endangered', di mana sebanyak 2,000 patung mini gajah seramik yang dicat tangan oleh para pelajar dari 18 buah sekolah di negara ini dipamerkan dan dijual berhampiran pintu masuk utama ICC.

CF20 dibukakan untuk orang ramai bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam kecuali Jumaat yang akan ditutup buat sementara pada jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang.

Di samping itu, bas ulang-alik juga disediakan, antaranya di tempat meletak kereta di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan ICC.

Attachments
Created at 1/25/2018 3:48 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/25/2018 3:57 PM by Lee Chin Foo