Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
SAMBUTAN HARI SUKARELAWAN DAN OKU ANTARABANGSA 2017

‚ÄčDSC_3233.jpgDSC_3289.jpg

DSC_3409.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Disember 2017 - Bagi mengintegrasikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan golongan sukarelawan melalui satu platform, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) serta Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) mengadakan Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa dan Hari OKU Antarabangsa 2017. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada sambutan tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof pada majlis yang berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia, di sini. 

Dalam ucapan alu-aluan, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Pengiran Anak Mohd Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim menyatakan, program kesukarelawanan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan terutama dalam kalangan belia. 

Menurutnya, satu ruang sukarelawan yang akan mula digunakan menjelang pertengahan tahun 2018, disediakan di Pusat Belia bagi memudahkan para sukarelawan berhimpun, bermesyuarat atau bermuzakarah serta sebagai pusat operasi bagi perkara-perkara yang melibatkan sukarelawan. 

Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa merupakan acara tahunan yang diraikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada setiap 5 Disember sejak tahun 1985 yang mana Negara Brunei Darussalam telah meraikan sambutan ini sejak tahun 2011, manakala Hari Antarabangsa OKU pula telah diperkenalkan dan dipromosikan oleh PBB sejak tahun 1992 dan disambut pada setiap 3 Disember. 

Dalam meraikan kedua-dua sambutan ini, dua acara yang diadakan secara berasingan telah pun dilaksanakan, iaitu Kempen 'Day of Action' (DOA) 2017 yang berlangsung pada 10 Disember dan Dialog Majlis Kesejahteraan OKU bersama Sukarelawan pada 20 Disember lalu. 

Attachments
Created at 12/26/2017 11:17 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/26/2017 11:41 AM by Lee Chin Foo