Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
DELEGASI ASEAN DAN PLUS 3 DIRAI

DSC_2855.jpg

DSC_2876.jpg

[Sumber: Pelita Brunei dan Media Permata]

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Disember 2017 – Bagi meraikan delegasi ASEAN dan Plus 3 sempena Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN yang Bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian (SOMCA) ke-13 dan Mesyuarat Berkaitan dengan Rakan Dialog, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan majlis makan tengahari di Restoran Tarindak D’Seni di ibu negara.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Turut hadir ialah duta-duta besar dan perwakilan negara-negara ASEAN dan rakan-rakan dialog; Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil yang juga Pengerusi SOMCA ke-13; para sekretariat dan para pegawai kanan negara-negara ASEAN, rakan dialog dan para pegawai kanan KKBS.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran dan seterusnya diadakan penyampaian cenderahati oleh Yang Berhormat Pehin kepada setiap ketua delegasi ASEAN dan Plus 3.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai sebagai acara penutup majlis berkenaan.

SOMCA ke-13 dan Mesyuarat Berkaitan dengan Rakan Dialog yang bermula 11 Disember lalu merupakan mesyuarat penting bagi mengeratkan lagi perpaduan dan kerjasama di antara negara anggota ASEAN bagi membangunkan sebuah komuniti yang aman, stabil dan berdaya tahan dengan keupayaan bagi menangani cabaran serta menjadikan rantau ini berpandangan ke hadapan dalam komuniti global.

Attachments
Created at 12/16/2017 11:56 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/16/2017 3:40 PM by Lee Chin Foo