Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

SOMCA KE-13 KUKUHKAN PERPADUAN MASYARAKAT ASEAN

20171213_National8.jpg

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman - Penerangan

Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said - Penerangan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 Disember 2017 - Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN yang bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian Kali Ke-7 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan dengan Rakan Dialog (7th Meeting of the ASEAN Ministers Responsible for Culture and Arts [AMCA] and related Meetings with Dialogue Partners) menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Yang Bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian Kali Ke-13 (SOMCA) dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan dengan Rakan Dialog.

Mesyuarat ini merupakan susulan daripada Mesyuarat AMCA Ke-7 dan Mesyuarat SOMCA Ke-12 serta Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan dengan rakan dialog yang telah diadakan di Bandar Seri Begawan (BSB), pada tahun 2016.

Mesyuarat yang diadakan di The Centrepoint Hotel, Gadong itu dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil selaku Pengerusi SOMCA.

Dalam ucapan alu-aluannya, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila antara lain menjelaskan mesyuarat berkenaan adalah penting dalam usaha untuk memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara semua anggota dalam menggambarkan masyarakat ASEAN yang aman, stabil dan berdaya tahan.

Mesyuarat SOMCA Ke-13 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan dengan rakan dialog ini antaranya akan menyampaikan status dan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan berikutan keputusan yang telah diambil semasa Mesyuarat AMCA Ke-7 dan Mesyuarat SOMCA Ke-12 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan dengan Rakan Dialog dan akan membincangkan status terkini pelan strategik bidang kebudayaan dan kesenian 2016 - 2025, pelaksanaan projek di bawah platform 'ASEAN-Committee on Culture and Information' (ASEAN-COCI) dan kerjasama dalam bidang kebudayaan di antara ASEAN dan rakan dialog.

Selain itu mesyuarat kali ini juga akan membincangkan inisiatif berkaitan pengisytiharan BSB sebagai Bandar Raya Kebudayaan ASEAN, status pelaksanaan aktiviti sempena penubuhan ASEAN Ke-50 tahun dan cadangan-cadangan lain dalam bidang berkaitan.

Mesyuarat diadakan selama dua hari mulai hari ini manakala perbincangan bersama rakan dialog akan bermula pada 13 Disember 2017.

Hadir pada mesyuarat tersebut ialah delegasi dari ASEAN dan Plus Three serta Sekretariat ASEAN.

Semasa berada di negara ini delegasi juga akan mengadakan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja, Galeri Seni, Dermaga Diraja, Taman Mahkota Jubli Emas dan Taman Damuan.

Attachments
Created at 12/16/2017 11:28 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/16/2017 11:28 AM by Lee Chin Foo