MAJLIS KHATAM AL-QURAN 33 KALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 33, 2017

Majlis  Khatam  Al-Quran  33  Kali  ini  adalah  merupakan  salah  satu  inisiatif  Jawatankuasa  Tertinggi  Sambutan  Hari  Kebangsaan  bersempena  dengan  sambutan  Ulang  Tahun
Hari  Kebangsaan   Negara  Brunei  Darussalam  bermula  sejak  tahun  2014.  Pada  lazimnya,  majlis  ini  melibatkan  majlis  pelancaran,  majlis  tasmie  di setiap  daerah dan malijs
penutup (khatam).  Walau bagaimanapun,  bermula  pada tahun 2016, majlis ini hanya melibatkan majlis khatam Al-Quran sahaja yang diadakan secara serentak di keempat-empat
daerah.

Majlis   ini    akan  disertai   oleh  agensi-agensi   kerajaan,   persatuan-persatuan   belia,   sekolah-sekolah ,  bekas  peserta   Program   Khidmat  Bakti  Negara,  Badan  Sukarelawan, 
orang-orang  perseorangan.  Penganjuran  majlis  seumpama  ini  diharapkan  akan  dapat  meningkatkan  lagi  penglibatan  belia  dan  masyarakat  dalam  aktiviti keagamaan yang
sudah setentunya berupaya menjadi benteng buat generasi belia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

TEMPAT-TEMPAT
Majlis ini akan berlangsung pada Hari Khamis, 2 Mac 2017, di keempat-empat daerah secara serentak bertempat di masjid-masjid berikut:

Daerah Brunei Muara
Tempat : Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kg Manggis, Madang
Tetamu Kehormat : YB Menteri KKBS

Daerah Tutong
Tempat : Masjid Kg Penanjong, Tutong
Tetamu Kehormat : YM Timbalan Menteri JPM

Daerah Belait
Tempat : Masjid PRN Kg Pandan, Kuala Belait
Tetamu Kehormat : YM Timbalan Menteri Kewangan

Daerah Temburong
Tempat : Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar, Temburong
Tetamu Kehormat : YM Timbalan Menteri Pertahanan
OBJEKTIF
  • Untuk menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran selaras dengan hasrat Negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.
  • Untuk menggalakkan penglibatan belia dan masyarakat dalam aktiviti keagamaan.
  • Untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan terbiah belia dan masyarakat.
PENYERTAAN
Sekurang-kurangnya 990 orang peserta akan terlibat bagi menjayakan mejlia ini yang terdiri daripada pasukan-pasukan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2017, Mahasiswa dan Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi, Penuntut-Penuntut daripada Insitusi Pendidikan Teknik Brunei, Penuntut-Penuntut Sekolah Menengah, Sekolah Ugama, Ahli-Ahli Persatuan Belia dan Sukan, Pelatih Program Khidmat Bakti Negara, Pelatih Pusat Pembangunan Belia, Peserta Program Belia Cinta Tanah Air, Sukarelawan-Sukarlawan, Belia-Belia Masjid, Qari dan Qariah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan.