PERANAN

Peranan dan fungsi Jabatan (sejak April 1993) Sekarang dikenali sebagai Jabatan Belia dan Sukan adalah mengawasi perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal 'belia dan sukan'

 Mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan 'belia dan sukan' 

Merancang dan memajukan sukan negara secara terpimpin dan terkenal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatu padu, kukuh bukan saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi juga dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat dan negara. 

Mengawal, memimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan aktiviti-aktiviti 'belia dan sukan' nota: Catatan daripada Surat Keliling Pejabat Setiausaha kerajaan Bilangan SUK/90/74 bertarikh 29 Jun 1974.