OBJEKTIF / MATLAMAT / TUJUAN

Merancang, melaksanakan dan memantau Program Pembangunan Sukan yang berasaskan kepada ‘Dasar Sukan Negara’, berhasrat untuk melahirkan belia-belia yang Sihat, Disiplin, Dinamik yang mempunyai semangat lawan dan seterusnya Kecemerlangan melalui Sukan Untuk Masyarakat dan Kecemerlangan Sukan.

Menyediakan dan menghasilkan belia-belia dan atlit-atlit yang bertanggungjawab kepada Ugama, Raja, Bangsa dan Negara.

Menghasilkan atlit dan para belia yang berpotensi tinggi kearah Kecemerlangan di Peringkat Serantau dan Antarabangsa.

Menggunakan aktiviti-aktiviti sukan sebagai pembangunan sosial.


UNIT PRESTASI TINGGI

Penyediaan perancangan program atlit bagi penyertaan di kejohanan peringkat Serantau dan Antarabangsa

Meneliti sokongan bagi pencalonan atlit dan sukan ke kejohanan di peringkat Serantau dan Antarabangsa

Persediaan Kontinjen Negara bagi penyertaan Sukan Berkontinjen di peringkat Serantau dan Antarabangsa

Menyelaras Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan (SPKS)

Sukan diperingkat Antarabangsa (penyertaan sukan berkontinjen):-

  • SUKAN PERINGKAT DUNIA (IOC)
    • Olympic Games
    • Youth Olympic Games
  • SUKAN PERINGKAT ASIA (OCA)
    • Asian Games
    • Asian Indoor & Martial Arts Games
    • Asian Beach Games
    • Asian Youth Games
  • SUKAN PERINGKAT KOMANWEL (CGF)
    • Commonwealth Games
    • Youth Commonwealth Games
  • SUKAN PERINGKAT KESATUAN NEGARA-NEGARA ISLAM (ISSF)
    • Islamic Games Federation
  • SUKAN PERINGKAT ASIA TENGGARA (SEAGF)
    • Southeast Asian Games

 

UNIT PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN

Memantau hal ehwal yang berkaitan dengan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan

Meneliti program tahunan / ‘blue print’ Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan

Memantau program-program sukan yang dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan

Sebagai Urusetia bagi menimbang permohonan dan pemberian bantuan ke Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan

 

UNIT KEJURULATIHAN DAN PEMBANGUNAN SUKAN (UKPS)

Menyediakan program latihan bagi remaja dan elit (syllabus)

Menyelaras pengambilan jurulatih luar negeri, tempatan dan sambilan

Bantuan khidmat jurulatih kepada jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah

Merancang dan menyelaras skim-skim remaja di keempat-empat daerah

Merancang program latihan skim remaja

Merancang kursus-kursus kejurulatihan

Merancang keperluan peralatan bagi latihan skim remaja dan juga elit

 

UNIT KEJURULATIHAN DAN PEMBANGUNAN SUKAN (UKPS)

Program-Program anjuran UKPS:

  • Pembangunan Sukan (Grassroot) & (Talent Identification)
  • Program SKIM JBS dan Daerah-Daerah
  • Program Latihan bagi Atlit Kebangsaan
  • Latihan Pendedahan & Kejohanan bagi Atlit Potensi & Kebangsaan
  • PROGRAM ATLIT ELIT & KEBANGSAAN
    • Kejohanan Pendedahan
    • Latihan Luar Negeri
    • Aplikasi Sains Sukan

 

UNIT SUKAN UNTUK MASYARAKAT

Menyelaras penganjuran sukan dalam negeri dari segi penyediaan kertas kerja kejohanan termasuk peruntukan yang diperlukan dan keperluan-keperluan yang berkenaan

Merancang persediaan bagi penganjuran kejohanan dalam negeri di peringkat kebangsaan dan sukan berbentuk kemasyarakatan

Sukan-sukan anjuran Unit Sukan untuk Masyarakat:-

  • Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD)
  • Skim Remaja
  • Sukan bagi Wanita
  • Sukan Peringkat Daerah
  • Pesta Sukan Kementerian
  • Sukan Mukim-Mukim
  • Sukan anjuran Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan
  • Sukan berbentuk Amal (Charity Event)

Aktiviti Larian anjuran Unit Sukan untuk Masyarakat:-

  • Larian Hari Kebangsaan
  • Larian Hari Keputeraan
  • Larian Hari Belia Kebangsaan
  • Larian Hari Olimpik

 

UNIT PENYELIDIKAN DAN PANGKALAN DATA

Membuat kaji selidik bagi perkembangan sukan

Mengumpul data-data penyertaan atlit Negara ke kejohanan di luar negeri dan pencapaian atlit Negara ke kejohanan tersebut

Mengumpul dan menganalisa laporan-laporan penyertaan Negara di kejohanan-kejohanan peringkat Serantau dan Antarabangsa

Membukukan maklumat bagi projek Bahagian Sukan

Laporan tahunan Bahagian Sukan

Menyelaras Sumber Rujukan Bahagian Sukan

 

UNIT PENTADBIRAN

Hal Ehwal Pengurusan dan Pentadbiran

Memantau Perkembangan tenaga manusia

Menyelaras mesyuarat pegawai dan kakitangan

Menyelaras permohonan cuti tanpa catat dan kelonggaran waktu bekerja