Bahasa Melayu | English Hubungi Kami  |  Maklumbalas  |  Peta Laman 
 Laman Utama  |   Berita Sekitar Belia dan Sukan    |    Galleri     
 Laman Utama > Bahagian - Sukan


Sejarah
  JBS
  Pengarah
  Timbalan Pengarah
Misi / Visi
Peranan & Tanggungjawab
Carta Organisasi
Bahagian
  Pentadbiran
  Belia
  Sukan
  Latihan
  Prasarana dan Estet
  SMRC
Cawangan
  Brunei Muara
  Belait
  Tutong
  Temburong
Bahagian Sukan

Bahagian ini bertanggungjawab merancang sambil memantau perlaksanaan program-program pembangunan sukan kearah merealisasikan matlamat-matlamat Dasar Sukan Negara iaitu Kecemerlangan Sukan dan Sukan Untuk Semua dengan tujuan akhir bagi membentuk masyarakat sihat, bersemangat maju dan berdaya saing. Kehendak inilah yang menjadi panduan Jabatan Belia Dan Sukan dalam usaha mengembangmajukan sukan di negara ini dengan sokongan dan kerjasama badan-badan sukan serta agensi-agensi lain sama ada sektor awam mahupun swasta dinegara ini.


Objektif
Merancang, Melaksanakan dan memantau Program Pembangunan Sukan yang beasaskan kepada ‘Dasar Sukan Negara’ dengan berhasratkan untuk melahirkan belia-belia yang Sihat, Disiplin, Dinamik yang mempunyai semangat lawanan dan seterusnya Kecemerlangan melalui Sukan Untuk Masyarakat dan Kecemerlangan Sukan.

Menyediakan dan menghasilkan belia-belia dan atlit-atlit yang bertanggungjawab kepada Ugama, Raja, Bangsa dan Negara.

Menghasilkan atlit dan para belia yang berpotensi tinggi kearah Kecemerlangan di Peringkat Serantau dan Antarabangsa.

Menggunakan aktiviti-aktiviti sukan sebagai pembangunan sosial.


Unit-Unit Bahagian Sukan

Bahagian ini dibahagikan kepada 8 unit kecil:

  1. Unit Pentadbiran
    • Hal Ehwal Pengurusan dan Pentadbiran.
    • Memantau Perkembangan tenaga manusia.
    • Menyelaras mesyuarat pegawai dan kakitangan.
    • Menyelaras permohonan cuti tanpa catat dan kelonggaran waktu bekerja.

  2. Unit Sukan Prestasi Tinggi
    • Meneliti program tahunan / ‘blue print’ persatuan-persatuan sukan kebangsaan.
    • Meneliti dan menimbangkan bantuan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan.
    • Menyelaras Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan.
    • Meneliti sokongan bagi pencalonan atlit dan sukan ke kejohanan di peringkat serantau   dan antarabangsa

  3. Unit Kejurulatihan Sukan Dan Pembangunan Sukan
    • Penyediaan atlit bagi penyertaan di kejohanan serantau dan antarabangsa.
    • Menyediakan program latihan bagi remaja dan elit (syllabus).
    • Menyelaras pengambilan jurulatih luar negeri, tempatan dan sambilan.
    • Bantuan khidmat jurulatih kepada jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah.
    • Merancang dan menyelaras skim-skim remaja di keempat-empat daerah.
    • Merancang program latihan skim remaja.
    • Merancang kursus-kursus kejurulatihan.
    • Merancang keperluan peralatan bagi latihan skim remaja dan juga elit.

  4. Unit Penganjuran dan Penyertaan
    • Menyelaras penganjuran sukan dalam negeri dan penyertaan Negara di luar Negara dari segi penyediaan kertas kerja kejohanan termasuk peruntukan yang diperlukan dan keperluan-keperluan yang berkenaan.
    • Merancang persediaan bagi penganjuran kejohanan dalam negeri di peringkat kebangsaan secara berkontinjen bagi sukan-sukan berikut:-
      • Pesta Sukan Remaja
      • Pesta Sukan Kebangsaan
      • Sukan anjuran persatuan-persatuan sukan kebangsaan
      • Kejohanan-kejohanan skim remaja jabatan
    • Penyelarasan bagi kejohanan sukan yang berbentuk kemasyarakatan dan seperti:-
      • Triatlon Kebangsaan
      • Sukan Kementerian-Kementerian
      • Sukan anjuran Swasta
    • Menyelaras persiapan Negara kearah penyertaan di kejohanan di peringkat serantau dan antarabangsa seperti:-
      • Peringkat Remaja
        • BIMP-EAGA Friendship Games
        • Sukan Borneo
        • Sukan Malaysia (Sukma)
        • Sukan Teluk Danga Johor Bahru
        • Sukan Arafura
        • Hassanal Bolkiah Trophy
      • Peringkat Serantau
        • Sukan SEA
        • Islamic Games
        • Asian Martial Arts
        • Asian Youth Games
        • Sukan Asia
        • Sukan Komonowel
        • Sukan Olimpik

  5. Unit Penyelidikan dan Pangkalan Data
    • Membuat kaji selidik bagi perkembangan sukan.
    • Mengumpul data-data penyertaan atlit Negara ke kejohanan di luar negeri dan pencapaian atlit Negara ke kejohanan tersebut.
    • Mengumpul dan menganalisa laporan-laporan penyertaan Negara di kejohanan-kejohanan serantau dan antarabagsa.
    • Membukukan maklumat bagi projek Bahagian Sukan.
    • Laporan tahunan Bahagian Sukan.
    • Menyelaras library Bahagian Sukan.
 
   (C) 2010 Government of Brunei Darussalam
Best viewed using IE 6.0+ or Netscape 7.0+ with 1024 x 800 screen resolution
Jabatan Belia dan Sukan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam



Government of Brunei